Nadia Aqilah Selamat Lah1rkan Bayi Sulung

elakon Nadia Aqilah selamat melahirkan bayi sulungnya semalam.

Berita gembira itu dikongsikan oleh penerbit dan pelakon Puan Seri Tiara Jacquelina.

“Tahniah  Nadia Aqilah  dan  @dunyaduan . Tak aci tau, macam mana orang yang baru lepas bersalin boleh nampak cantik?

“Bagaimana pun, mewakili keluarga PGL (Puteri Gunung Ledang) Musical, kami sangat gembira apabila mendapat tahu Nadia dan baby berada di dalam keadaan yang baik dan sihat,” tulisnya.

 

Tiara turut memuat naik foto Nadia yang berada di hospital selepas melahirkan bayinya.

Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikut Tiara yang rata-rata mengucapkan tahniah kepada Nadia.

 

 

Nadia merupakan pelakon PGL Musical pada tahun 2005.

Nadia mendirikan rumah tangga dengan  pengarah muzik, Saiful Ridzuan pada 20 April 2018

 

sumber: astro gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*