PELAKON Datuk Seri Eizlan Yusof, 48, sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Natasha Rosa Boudville, 29, dalam majlis yang berlangsung meriah di The Glass Suite, Bora Ombak, Marina Putrajaya.
Eizlan atau nama sebenarnya Idris Mohd Yusof dan Datin Seri Natasha Rossa selamat dinikahkan jam 3.28 petang dengan sekali lafaz.
Pasangan sejoli itu dinikahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) Persekutuan, Mohd Ajib Ismail dengan disaksikan kira-kira 100 tetamu termasuk ahli keluarga, rakan-rakan terdekat dan pegawai tetap serta bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Dalam majlis pernikahan itu, Natasha menerima mas kahwin RM80, sebentuk cincin berlian dan wang hantaran RM12,121.90.
Natasha berketurunan Serani yang memeluk Islam pada Ogos tahun lalu turut menerima tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang.
Eizlan berkata, banyak elemen kejutan untuk majlis perkahwinannya kali ini.
“Saya sangat terharu dengan sokongan diberikan rakan-rakan yang sudi menjadikan majlis ini lebih meriah.
“Apapun, saya bersyukur segala urusan pernikahan berjalan lancar mengikut perancangan,” katanya.
Eizlan berkata, semoga perkahwinannya kali ini bersama isteri akan berkekalan dan berterima kasih di atas semua doa.
Sebelum ini, Eizlan pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Vie Shantie Khan pada 2007. Namun, perkahwinan mereka hanya bertahan lapan tahun.
Persandingan mereka telah berlangsung dengan meriah dan penuh istiadat serta dihadiri YAM Tengku Laksamana Selangor dan YAM Tengku Puteri Seri Kemala Pahang. Tahniah Dato’ Sri Eizlan Yusof dan isteri!
Keunikan rombongan lelaki





Foto sanding penuh istiadat

Berlangsung dengan jayanya
sumber: Ohbulan
Leave a Reply