Bimbang Jangk1tan Kuman dan Diarah Keluar Dari Dewan Bedah, Doktor Malaysia Perkenal Tudung Pakai Buang Pertama Di Hospital UK

Sebuah hospital yang dipercayai di United Kingdom, Royal Derby Hospital merupakan hospital pertama yang memperkenalkan tudung steril yang boleh digunakan oleh kakitangan hospital ketika menjalankan tugas.

Menurut seorang doktor junior, Farah Roslan telah mengutarakan idea ini ketika menjalani latihan di sana.

 

Kredit Foto: BBC

 

Tudung sebelum ini tidak sesuai

Idea ini diutarakan adalah kerana kebimbangannya terhadap jangkitan kuman ketika mengenakan tudung yang sama dalam tempoh masa yang lama ketika menjalankan tugas.

Farah berharap tudung steril ini dapat diperkenalkan secara meluas tetapi ianya bergantung kepada kepercayaan setiap individu tersebut, menurut NHS England.

Menurut Farah yang bekerja di Lincolnshire idea ini timbul ketika dia menjadi pelajar perubatan di University Hospitals of Derby and Burton NHS Trust.

 

“Saya menggunakan tudung yang sama sepanjang hari , jadi ianya tidak bersih untuk digunakan dalam jangka masa yang lama”, katanya lagi.

 

Saya pernah diminta keluar daripada bilik bedah bagi mengelakkan jangkitan.

Menurut pakar bedah Gill Tierney, tudung pakai buang ini merupakan yang pertama diperkenalkan di UK.

 

Pakar bedah Gill Tierney yang juga mentor kepada Farah berkata pengenalan tudung itu adalah yang pertama seumpamanya.

 


Kami faham isu ini selalunya tidak diberi perhatian dan didiamkan di seluruh negara sebelum ini. Malahan saya rasa ianya langsung tidak diperkatakan sebelum ini.

Ianya tidak memakan kos tinggi, harapnya akan memberi impak besar.


Pihak Hospital Universiti Derby dan Burton berkata tudung itu akan mula didapati dan digunakan pada awal bulan ini.

 

Sumber: BBC

Kredit: siakapkeli via ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*