(Video) Sekali Lafaz, Issey Fazlisham Selamat Bergelar Suami Noor Aimi

Tahniah diucapkan buat penyampai radio Suria FM, Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 32, yang telah sah bergelar suami kepada Noor Aimi binti Mohamed Jamel, 32, dengan sekali lafaz pada pagi Ahad, 22 Disember 2019 di Calamaya Garden, Kota Bahru, Kelantan.

Issey dan Noor Aimi dinikahkan oleh Timbalan Imam Masjid Mukim Pauh Panji, Ustaz Tengku Mahmud bin Tengku Haji Ibrahim dengan mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskah Al-Quran.

Majlis tersebut disaksikan kira-kira 200 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan teman-teman rapat.

Menurut Issey dia mengenali Aimi sejak di bangku sekolah dan telah bergelar ibu tunggal dua tahun lalu selepas suaminya meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

 


“Saya sudah lama merancang untuk berkahwin dengan Aimi dan rasanya sudah tiba masa yang sesuai untuk kami bersatu,” katanya.

Terdahulu, Issey mengumumkan mengenai majlis perkahwinannya semasa mengendalikan segmen Team Pagi Suria bersama Fizi Ali.

Sebelum ini Issey pernah memberitahu sedang bercinta namun, merahsiakan identiti teman istimewanya itu.

Terdahulu, Issey pernah berkahwin dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015 sebelum bercerai pada 21 Ogos 2016. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Selain itu, Aimi merupakan seorang janda yang mempunyai tiga orang cahaya mata.

 

View this post on Instagram

Alhamdulillah syukur @isseyfazlisham. Mader nangissss tengok video ni mcm mader mak pengantin! 😅 sorry terrrover! Terima kasih Arep share video ni dalam group UITM kita. Mader memang laaa nak pegi sangat. Orang tau kot mcm mana friendship kitorang. Berbelas tahun dah. Apa benda je tak cerita. Tapi #babyindah @indah.nufa kecik sgt baru 1 bulan 21 hari. Payah nk jalan jauh, atau tinggal dia lama2. Aku happy seyyyyy. Alhamdulillah syukurrrr 🥺🥰🥰 #isseyxaimi

A post shared by Ain AWOK (@ainsufiaa) on

 

 

Sumber: MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*