“Wow! Dah Macam Princess Jasmine Dalam Aladdin ..” – Netizen Cair Tengok Penampilan Farah Nabilah Di Majlis Persandingan

Beberapa foto penampilan pelakon Farah Nabilah pada ‘Mehndi Night’ yang berlangsung semalam tular di media sosial.

Dalam foto yang tular itu, Farah mengenakan busana daripada pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini serta solekan daripada jurumekap tersohor, Syed Dewa.

Rata-rata netizen tidak henti-henti memuji kecantikkan Farah pada malam itu.

“Wow! Dah macam Princess Jasmine dalam Aladdin ek.”

“Masyaallah cantiknya.”

“Princess Jasmine! Cantik.”

“Cantiknyaaa. Persis wanita Arab.”

“Cantik lain dari yang lain.”

“Lawa gila baju dia omg.”

“Extremely pretty and everything just on point. Love this creation.”

“My goodness.Totally different cantik gila.”

“Omg. This is just something so spectacular. Cantik gila aduhai.”

Difahamkan majlis persandingan itu diadakan di Neo Event Hall, Damansara Perdana.

Farah dan suaminya, Mohammed Amirul Yunus selamat diijabkabulkan pada 20 Disember lalu di Mutiara Ballroom, Royale Chulan Damansara.

 

 

 

 

 


Sebelum ini, dengan hanya sekali lafaz, majlis pernikahan Farah dan Amirul yang berlangsung di Royale Chulan Damansara itu dihadiri oleh keluarga, sahabat handai dan rakan media.

Farah dan Amirul telah dinikahkan oleh bapanya, Datuk Saipuddin Ahmad yang disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Daerah Petaling, Ustaz Hj Mastori Hj. Marsidi.

Pengantin perempuan telah menerima RM1,000 sebagai mas kahwin manakala RM77,777.77 sebagai wang hantaran.

Terdahulu, pasangan ini terlebih dahulu mengikat tali pertunangan sebelum majlis nikah pada hari yang sama.

Detik perkenalan dua merpati sejoli ini bermula apabila diperkenalkan oleh teman rapat, pelakon Izara Aishah tujuh tahun lalu.

Dalam pada itu, Farah dan Amirul juga menjadi pasangan pertama yang dipaparkan di portal terbaru di bawah jenama program perkahwinan popular di TV3, Mahligai Cinta yang boleh dilayari menerusi www.mahligaicinta.com.my mulai November ini.

 

Foto: Instagram Rizman Ruzaini & Farah Nabilah , Mahligai Cinta TV3


Kredit: Astro gempak

 

Kredit: astro gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*