(Sila skrol ke bawah untuk melihat gambar)
Sewaktu Shuib Sepahtu mula-mula berkongsi gambar ini, ramai juga peminat beliau yang bertanya gambar siapakah itu. Ramai yang langsung tak terlintas itu sebenarnya gambar si pemilik akaun IG tu sendiri, Shuib.
Sehinggalah beliau sendiri mengaku, baru pengikut beliau di IG percaya. Langsung tak sama! Berbeza terus dahulu dengan sekarang. Dan sudah tentu sekarang lagi kacak lah!
Nampak kelakar pun ada wajah Shuib sewaktu kanak-kanak. Namun lumrah lah, waktu itu mana ada fikir nak bergaya bagai. Sampai muka hangus kena matahari pun peduli apa haha.
Dan pastinya peminat ternanti-nanti apa agaknya komen isteri beliau sendiri melihat gambar suaminya sewaktu zaman hingusan itu.
Apa yang menarik, isteri Shuib iaitu Siti Sarah tidak melepaskan peluang untuk menulis sesuatu di ruangan komen entri tersebut.
”Mata tu nak kemana??” tulis Siti Sarah
Sementara Shuib turut dilihat membalas komen isterinya itu;
”Ipuuuuuu ( ibu) ni la laki u..” balas Shuib
Tidak ketinggalan seorang rakan artis iaitu Shahnaz Ahmad turut memberi komen dengan berasa bangga dengan perubahan diri Shuib sekarang.
”Allah tak akan ubah nasib seseorang, sehingga dia bangun dan ubahnya, @shuibsepahtu wordddddddd!!!..” komen Shahnaz.
Rata-rata netizen turut memberi komen yang murni, malah tak kurang yang mem’bahan’ Shuib dek kerana gambar itu. Apa tidaknya, memang jauh benor beza wajah Shuib dulu dan sekarang.
Pendek kata, tidak ada siapa pun akan perasan itu adalah Shuib kalau beliau sendiri tidak berkongsi dengan peminat.
Jom baca apa komen netizen :
”jebattcha_official @shuibsepahtu nie confirm beb tangan pulas throttle kan lepas tu mulot plak kasi bikin sound prengggg!!! Prengggg!!! Prengggg!!! Eppp ohhh eppp Dunia kanak2 riang btol x ? @sitisarahraissuddin..”
”minin_roy Dulu maso kocik2 sotakat royy tu..colah gigi den jooo den tapau dio..maso tu race ket ampang..ini kan pulo bilo dah bosar ni..kalau den bwk moto..org x nampok sapo yg bawok moto tu…walaupon togah ari..”
”alangpoys @shuibsepahtu sementara hang ada rezeki lebih apa kata hang cari moto tu balik..musti rare..”
”zahir_mehieddin waktu kecik kau rasa diri kau pendek…tp bila dah besar..xsangka kau masih lagi pendek dr jep..”
”chintasurie Lama akak tenung gambar @shuibsepahtu, fikir kebesaran Allah..tak siapa sangka budak comot ni. Allah anugerahkan rezeki kehidupan yg jauh lebih baik…”
”ziyadyazi Bila mak suruh amik madu cepat2 tapi kau x tahu macam mana nak cepat…hantam ja la motor ni pun..”

Sumber: khalifah kini
Leave a Reply