‘Ini Cara Saya..’ – Cara Masakan Asam Laksa Dipertikaikan Ramai, Ini Respon DP Eina Azman

Siapa tidak kenal ibu muda, Datin Eina Azman yang sememangya rajin turun ke dapur. Video masakannya sering mendapat perhatian netizen yang terkenal dengan ‘its done..’ sehingga Eina sendiri menggunakan ‘hashtag’ #itsdonebyeinaazman di setiap video resipi yang dikongsi di Instagram miliknya.

Terbaru, resepi Asam Laksa menjadi bualan orang ramai yang rata-ratanya mempersoalkan cara masakan itu. Tak kurang juga yang mengkritik masakan Eina Azman yang tak rebus ikan terlebih dahulu. Ini respon dari Eina Azman.

Masak asam laksa

 

 

View this post on Instagram

 

Alhamdullilah done cooking Assam Laksa

A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on

Menerusi Instagram Datin Eina Azman kali ini, dia berkongsi resepi masak Asam Laksa yang mudah. Namun yang menjadi persoalan netizen adalah ikan yang masih tidak direbus dan dikisar sekali dengan tulang.

Ini penjelasan dan respon dari pelakon ini sendiri.

Ramai persoalkan

Penjelasan Eina Azman

Rebus takpe, tak rebus pun takpe. Kita tetap akan masak juga. Tiada isu pun.

Menurut Eina Azman dia nak cepat sebab itulah tak rebus. Namun kedua-dua cara tiada masalah dan tidak memberi kesan kepada masakan itu.

Buang tulang tengah

Blend sampai hancur, dia takkan rasa kesat-kesat apa apa pun. Janji kita blend sampai hancur. Takkan ada isu.

Dah nama pun cara saya

Ini adalah cara masakan, mana yang nak ikut. Ikut. Jangan judge cara masakan orang. Yang penting dapur berasap.

Sumber: Instagram Eina Azman via OhBulan!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariResepi

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*