“He Was Quite Big For A Baby Yang Tak Cukup Bulan Kan?”- Nora Danish imbau kenangan ketika Ney Ney masih kecil

Pelakon Nora Danish mengimbas kembali kenangan bersama anaknya Mohamed Neqayl Nedim (NeyNey) sewaktu dilahirkan sebagai bayi pra-matang.

Menurut Nora, anak kesayangannya itu merupakan seorang bayi yang sangat kuat.

Nora berkongsi perkara itu menerusi akaun Instagramnya hari ini.

“When NeyNey was 44 days old. His first trip to Bali, to mummy fav beach holiday destination.

“He was quite big for a baby yang tak cukup bulan kan? Alhamdulillah, stay strong mi amor,” tulisnya.

 

 

View this post on Instagram

 

When NeyNey was 44days old 🥰 His first trip to Bali, to mumdy fav beach holiday destination 💜 he was quite big for a baby yg tak cukup bulan kan? Alhamdullilah , stay strong mi amor. • • #mohamedneqaylnedim™️ #cintahatineno #tb

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

Nora berkahwin dengan Nedim Nazri pada 30 Mac 2017.

Pasangan ini dikurniakan putera sulung, Ney Ney atau nama sebenarnya Mohamed Neqayl Nedim pada 22 Februari lalu.

Dalam perkembangan terbaru, Nora merupakan juri tetap untuk program Muzikal Lawak Superstar bersama Datuk Awie dan Altimet.

Muzikal Lawak Superstar akan bersiaran selama 10 minggu setiap Jumaat bermula 28 Jun ini.

Program ini bersiaran langsung secara eksklusif dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) jam 9 malam.

Dalam pada itu, pelakon Izzue Islam dan penyanyi Sissy Iman juga merupakan hos Digi Extra Lawak yang bersiaran pada hari yang sama bermula jam 8:15malam hingga 8:45 malam.

Program ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Manakala menerusi platform digital pula di YouTube Astro Gempak (minggu pertama sahaja).

Pelanggan NJOI juga boleh menikmati siara langsung program ini secara percuma untuk minggu pertama secara percuma di NJOI TV (saluran 100).

Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.muzikallawaksuperstar.gempak.com.

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariResepi

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*