“Itu rambutan” – Siri Netflix Ini Guna Rambutan Sebagai ‘Buah Asing’ Buat Netizen Geli Hati

Buah rambutan adalah buah yang berasal dari negara tropikal. Ada dua jenis buah rambutan yang kita selalu nampak, yang warna merah dan warna kuning. Tak kisah lah warna apa, buah rambutan ni memang sedap dimakan bila panas-panas, Pergh nikmatnya!

Menerusi Twitter milik @hash_1993dia ada kongsi cerita pasal rambutan. Apa yang menariknya, satu siri Netflix mengenai pengembaraan angkasa telah menemui satu ‘buah ganjil’ dan ya, buah itu adalah buah rambutan. Cuba korang tengok sendiri video kat bawah ni.

A netflix series about space exploration landed on a moon and found an extraterrestrial fruit. And guess what it’s rambutan 😂😂😂pic.twitter.com/tmSfBU8BE8

— Kopi Panas (@hash_1993) July 26, 2019

 

 

 

Itu rambutan namanya!

Babak dalam siri Netflix ni memang buat penonton tertanya-tanya tu buah apa. Tapi untuk orang yang biasa makan dan kenal buah tu, memang kena gelak lah weh.Buah rambutan kot. 

 

Sebenarnya ini adalah cara yang betul kalau kita terjumpa buah dekat hutan. Cara ni boleh menentukan samada buah tu beracun atau tak. Pertama gosok sebahagian buah tu ditangan, untuk kenalpasti samada ada kesan iritasi. Kemudian gosok dibibir, kalau ada kesan sampingan tu, berkemungkinan buah tu beracun.

 

Mungkin lah buah dari angkasa lepas, Mungkin alien buat genetic mutation dekat buah tu sebelum benih dia sampai ke bumi dan mengeluarkan buah yang berbulu. Sorry, admin saja buat palatau.

 

Rasa annoying sebab kita dah kenal buah tu. Kalau kita tak kenal mesti kita pun curious gak kan? Habis digosok seluruh badan untuk betul-betul check buah tu beracun atau tak. Mana lah tahu. 

 

Weh kalau pakai durian memang lain macam weh jadinya. Awal-awal dah lari jauh sebab tajam. Lepas tu bila buka, amik kau semua orang lari sebab bau busuk. Iye lah orang putih kan tak makan durian sebab bau busuk. 

sumber: lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*