“I buat kecik-kecik je” – Sajad Kongsi Gambar Kahwin, Betul Ke Ni?

Bukan korang je, admin pun terkejut bila tengok Sajat tiba-tiba kongsi gambar dia pakai busana pengantin serba ungu.

Ceritanya, hari Sabtu lepas, Sajat ada kongsikan beberapa video dia fitting baju pengantin dengan kapsyen menyuruh followers untuk doakan kebahagiaannya.

Kemudian, pada tengah malam Sabtu, Sajat muat naik IG story seperti menunjukkan dia sudah bernikah dengan sekali lafaz dan gambar hantarannya. Ish betul ke ni?

 

“X penting jantina, yang penting hati yg baik guys”

 

 

“Tunjuklah video nikah malam tadi klu betul”

Semalam, Sajat kongsikan pula gambar solo dia berpakaian pengantin dengan kapsyen “Hari bahagia”.

Uish, cantik sungguh… Gambarnya ini mendapat pelbagai reaksi dari netizen, ada yang tumpang gembira dan ada juga yang tak percaya.

 

Tak cukup dengan tu, Sajat turut buat live di IG-nya, dan dah tentunya topik yang dibincangkan adalah pernikahan Sajat dengan lelaki misteri ini.

Menurut Sajat, perkahwinannya ini dibuat kecik-kecik je. Korang boleh tengok Sajat punya jawapan tentang ‘pernikahan’ dia dalam video kat bawah ni.

I buat kecik-kecik je. Nanti I share (gambar kahwin) dengan video-video sekali ya…”

“Kita berhusnuzon, bersangka baik”

Admin tak tahulah sejauh mana benarnya Sajat ni dah bernikah. Kita tunggu je lah update seterusnya dari Sajat ya?

sumber: lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*