“Mudah-mudahan Allah setuju” – jawapan Syafie Naswip undang seribu persoalan

Kecoh semalam apabila seorang pelakon terkenal ditahan polis selepas didakwa mencederakan bekas tunangnya.

Suspek telah mencekik serta menumbuk mulut mangsa hingga berdarah dalam satu kejadian di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan pada 26 Jun lalu.

Insiden tersebut berlaku apabila bekas tunangnya meminta suspek tidak meneruskan hubungan songsang dengan seorang rakan sejenisnya.

 

Justeru, warganet mula membuat spekulasi sendiri termasuk mengaitkan Syafie Naswip, 27, memandangkan dia baru sahaja putus tunang dengan pelakon Aishah Azman, 23.

Ketika dihubungi untuk mendapatkan kepastian, Syafie enggan memberikan penjelasan lanjut sebaliknya menimbulkan seribu pertanyaan.

 

“Lebih baik jika merujuk hal ini kepada pengurus saya. Baik, insya-Allah mudah-mudahan Allah setuju,” jawabnya ringkas.

 

 

Jawapan Syafie Naswip itu menunjukkan dia seolah-olah reda dan berserah kepada Allah dengan apa yang berlaku.

Ditanya tentang maksud kata-kata tersebut, pelakon filem Mukhsin ini tidak lagi memberi jawapan.

Pengurusnya, Badrul Hashim dihubungi turut memberi kerjasama dengan media menerusi jawapan sangat ringkas.

“Setakat ini, tidak ada apa yang perlu diperkatakan,” katanya.

 

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, pelakon lelaki berusia 27 tahun itu dikatakan datang ke rumah bekas tunangnya berusia 23 tahun di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Serdang, kira-kira 9 pagi hari kejadian.

“Hasil soal siasat dilakukan, suspek mengaku memukul mangsa. Bagaimanapun, suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.

 

“Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja dan melakukan ugvtan,” katanya.

Selain daripada itu, gara-gara didakwa tumbvk bekas tunang, IG Syafie Naswip diserang ‘tentera bawang’.

Kali terakhir memuat naik sebuah hantaran video Boomerang dua hari lalu di IGnya, ramai netizen menyerang ruangan komen Syafie sambil mempersoalkan punca dia mengambil tindakan sedemikian.

 

“Aku datang sebab nak baca komen,” tanya seorang netizen.

 

“Oh nooo, why? I hope it’s not true because I have so much respect for you,” komen seorang netizen lagi.

 

“Aku rasa salah faham ni. Aku bukan nak backup mana-mana tapi maybe Syafie tak boleh control bila kena label camtu dengan tunang sendiri. Aishah pun sebab sayang, dia takut Syafie terjebak dengan benda tak elok,” kata seorang netizen mempertahankan pasangan itu.

 

 

Ada juga netizen yang mahu mencari kebenaran agar kedua-dua nama pelakon ini bersih daripada sebarang tuduhan.

 

Syafie menerusi laporan Gempak bertarikh 23 Julai menegaskan dia mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan kerana merasakan dugaan bertunang terlalu berat dan tidak mampu untuk meneruskannya.

 

Malah kata Syafie lagi, keputusan ini diambil bukan kerana sesiapa, tetapi atas persetujuan bersama. 

Pasangan pelakon berkenaaan bertunang pada 7 April 2019 dan putus 21 Julai lalu.

 

MHE TV via Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*