Walaupun kita mengenalinya sebagai seorang yang lemah lembut dan sopan santun, tak tahu pula yang Dato’ Seri Siti Nurhaliza (Tokti) ni diam-diam ubi berisi.
Sekali dia buka mulut terus terdiam ‘haters’, mana taknya ada je ‘point’ nak cari salah orang sampai nak berbasikal pun tak kena.
Dia rupanya yang semak kat highway rumah kita – Netizen
Semalam Tokti ada sertai satu event berbasikal dekat lebuhraya LEKAS. Katanya sampai terjatuh, terkoyak lutut, kesiannya.
Ya lah, semua manusia kesabaran dia ada batas, kalau dah selalu sangat nak ‘dumb’ orang siapa je yang tak ‘meletus’ kan?
Tok Ti cuma nak ceritakan pasal aktiviti yang bagus kepada kesihatan, ada seorang budak ni tak tentu pasal bagi komen biadap. Kan dah kena setepek.
Buat event tu bukannya pagi, tengah hari, dia buat waktu malam kot. Time kereta tengah tak banyak.
Sekali Tokti buka mulut, memang burn satu badan ko dik!
Adik punya ke highway tu, lupa nak minta izin – Tokti
KIta kenal yang Tokti bukan orang yang jenis lantang dan bermulut celupar di media sosial seperti segelintir artis lain.
Tapi bila orang profesional macam Tokti ni sendiri dah bersuara maknanya perangai biadap netizen ni dah dikira melampau lah.
sumber: lobakmerah
Leave a Reply