“Saya Masih Ingat Terlalu Bencikan Awak,” – Kenang Zaman Sekolah, Raysha Titip Ucapan Bday Buat Nelydia, Tapi Ada Tanya Mana Gigi?

Berkongsi sekeping foto ketika zaman kanak-kanak, Raysha Rizrose menitipkan ucapan ‘manis’ buat kakak tirinya, Nelydia Senrose yang meraikan ulangtahun ke-25 hari ini.

Tulis Dewi Remaja 2014/2015 ini, dia masih teringat bagaimana Nelydia melayannya sewaktu sekolah rendah. Ketika dia pengsan, Nelydia bawa sebotol air dan berpesan hanya boleh minum dua teguk.

Untuk musuh karib sepanjang hidup, saya masih ingat sangat bencikan awak sewaktu sekolah rendah kerana sewaktu saya pengsan menjalankan aktiviti pengakap, cikgu memanggil awak untuk membantu.

“Awak datang dengan sebotol air dan memberi amaran bahawa saya hanya boleh minum dua teguk air.

“Keliru tapi ada benarnya, saya tahu awak sanggup berkorban untuk saya dalam masa yang sama.

“Terima kasih atas kenangan pahit manis yang kita bina sepanjang zaman kanak-kanak. Selamat hari lahir ke-25!” tulisnya.

Terhibur dengan perkongsian pelakon jelita ini, netizen meninggalkan pelbagai reaksi.

 

Ada juga yang bertanyakan perihal gigi pelakon ini.

 

Selamat hari lahir Nelydia.

 

 

Foto : Instagram Raysha Rizrose

Kredit: MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*