Hubungan akrab tidak semestinya sembvrit – Namron Buka Mulut Dakwaan Bekas Tunang Terhadap Syafie Naswip

Kontroversi yang melanda pelakon berbakat, Syafie Naswip cukup menggemparkan industri hiburan tanah air sekaligus mengejutkan banyak pihak.

Selain menjadi perdebatan hangat warganet dalam media sosial sejak semalam, isu itu turut menarik perhatian rakan artis termasuklah pengarah dan pelakon senior, Namron.

Sutradara filem One Two Jaga ini yang membahasakan dirinya sebagai Tok Ayah berkongsi pandangan tentang ‘topik panas’ itu.

Dia menyifatkan dakwaan bekas tunang Syafie iaitu Aishah Azman mengatakan pelakon itu menjalin hubungan sejenis, tidak boleh dipercayai bulat-bulat selagi belum terbukti.

Lagipun perkara tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa.

 

“Kadang-kadang lelaki apabila berkawan dengan lelaki lain, ada ikatan yang membuatkan mereka jadi sangat akrab.

 

“Tapi tidak semestinya mereka ada hubungan songsang. Tidak semestinya mereka sembvrit.

“Jadi, jangan kita mudah sangat percaya dengan berita sebegini. Polis pun sedang menyiasat.

“Kadang-kadang orang salah faham apabila lihat sesama lelaki terlalu rapat, sampai menimbulkan rasa curiga pada kaum wanita.

“Tidak kira sama ada lelaki dengan perempuan atau sesama jenis, kalau kita hendak bercakap perlu ada bukti bukan main baca dan terus buat anggapan.

“Sakit pula rasa hati apabila baca komen-komen warganet seolah-olah mereka ni benar-benar tahu yang pelakon lelaki itu ada hubungan songsang,” ujarnya menerusi sebuah video yang dimuat naik di dalam Instagram.

 

Tambah Namron lagi, isu tersebut turut memberi kesan kepada dirinya.

Sebagai senior dan selama mengenali Syafie, dia menyifatkan pelakon yang mula menempah nama menerusi filem Mukhsin itu sebagai seorang budak yang baik.

“Tok ayah kenal pelakon lelaki ini, budaknya baik. Harap jangan terburu-buru dan kalau tidak pasti, jangan komen.

“Saya doakan kepada pelakon lelaki itu, supaya bertabahlah, tenang-tenang saja dan jangan ambil pusing sangat.

“Biarlah orang nak kata apa. Selagi belum ada bukti, kita tak bersalah,” pesannya kepada Syafie.

Ini pula komen netizen:

Terdahulu, Syafie atau nama sebenarnya Mohammad Syafie Naswip, 27, dilaporkan ditahan pada pagi 27 Julai lalu atas dakwaan memukul hingga mendatangkan kecederaan dan sengaja melakukan ugutan terhadap Aishah.

Dia bagaimanapun dibebaskan pada 28 Julai atas jaminan pihak polis.

Apa kata anda?

Sumber: MHE TV

POSTED UNDERUNCATEGORIZED

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*