Nampak Lori Susu Terbalik, Orang Kampung ‘Peghak’ Kebas Stok Sampai Bertimbun-Timbun

Bukan nak judge, tapi dah nampak betapa teruknya perangai segelintir masyarakat yang lebih mengutamakan kepentingan diri daripada keadaan mangsa, bila ternampak ada insan ditimpa kemalangan. Memalukan!

Mungkin disebabkan nampak kenderaan yang accident tu lori bawa stok bekalan makanan, orang jadi rambang mata sampai berangkut habis-habisan.

Memandai owner kata suruh ambil tu tak betul 

 

 

Ada sebuah lori yang membawa stok susu pekat manis terlibat dalam kemalangan, sampai terbalik lori tersebut. Menurut perkongsian di Facebook, kejadian ini dipercayai berlaku di Kelantan.

Ada pihak memandai-mandai mengatakan stok susu yang dibawa itu berterabur dan memaklumkan kepada orang ramai yang tuan empunya lori tu berbesar hati nak berikan kepada umum.

 

Orang ramai sampai berkerumun nak ambil stok susu tersebut, bahkan ada yang sampai datang bawa Hilux lagi nak kebas.

Tapi sebenarnya tak betul!

Assalamualaikum… Saya sebagai anak pemilik lori yg terbalik di cabang 3 beris pintu gerbang minta tolong pada sobat2 semua hak mana ambik susu dari lori tu minta tolong hantar balik susu tu.”

 

Anak kepada pemilik lori yang terbalik tu ada menjelaskan bahawa pihak keluarganya tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu. Malah apa yang di dakwa susu berterabur pun tak betul!

 Utk makluman masa kejadiaan keadaan susu dlm khemah tidak berterabur keluar, khemah masih elok tak terbuka lagi, driver lori tu( anak toker lori sendiri ) sempat pusing tgk keadaan lori sblm ambulan hantar ke hospital.”

Lebih terus lagi ada yang sampai koyakkan kain di belakang lori tu untuk kebas segala susu yang ada. 

#KelantanTrela susu cair tin terbalik di cabang 3 beris pintu gerbang wakaf zain tawang bachok. Penduduk berhampiran ambik balik susu…

载有罐头炼奶的罗里发生车祸,整个村民乘火打劫拿走炼奶..

Posted by 我们是马来西亚人We are Malaysians on Wednesday, July 31, 2019

Jadi pemilik lori ini menyeru kepada orang ramai yang dah ambil susu tersebut di tempat kejadian untuk segelra memulangkan semula susu yang dah diambil kerana mereka mahu menilai barang.

 

Mohon jasa sahabat-sahabat untuk hantar balik di tempat kejadian. terima kasih atas kerjasama, jangan viralkan cerita yang tak betul. Bab halal haram anda fikirlah sendiri sebab ianya akan jadi darah daging kita”

Dalam pada itu ramai netizen yang mengecam dengan kelakuan penduduk setempat yang memalukan tu.

Ni orang islam ke kapirr ni? Suka-suka rembat hak orang – Netizen

 

Sesiapa yang nak pulangkan dan ada sebarang maklumat untuk dibantu boleh hubungi 014 8498669 / pok ije.

https://m.facebook.com/watch/?v=481186925760212&_rdr

 

 

sumber: lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*