Uniknya, Shenty Feliziana Pilih Nama Biru Abiyyu Yusuf Untuk Putera Sulung

Pelakon Shenty Feliziana bersama suaminya, Reuben Elishama menamakan putera sulung mereka Biru Abiyyu Yusuf.

 

Shenty mendedahkan nama puteranya itu menerusi kemas kini terbaru akaun Instagramnya sebentar tadi.

 

 

Tidak hanya nama, Shenty juga berkongsi wajah anak kesayangannya yang sedang nyenyak tidur.

 

“I go by the name, Biru Abiyyu Yusuf, will try my very best to not cry hard for my mama’s milk every hour or so……. NOT. ps: You can call me biru,” tulisnya.

 

 

Menjengah ke ruang komen, rata-rata pengikutnya memuji nama dan kecomelan wajah anak pasangan selebriti itu.

 

“Allah comelnya Biru. Moga membesar dengan sihat dan kuat Abiyyu,” komen @syafiqahsalsabila

 

“Oh My God,look that nose… Congratulation @shentyfeliziana and mang @reuben_elishama hopefully mommy n the baby sehat selalu jd anak sholeh amin,” tulis @annissapontjo

 

Terdahulu, Shenty telah berkahwin dengan dengan pelakon Indonesia, Reuben Elishama pada 13 April 2018.

 

 Reuben, 41, dan Shenty, 30, yang aktif berlakon di Malaysia mula berkenalan sebagai rakan sekerja ketika menjalani penggambaran siri Dosa pada Jun 2017.

 

Hubungan mereka berputik selepas penggambaran drama tersebut tamat dan pasangan ini mula menjalinkan ikatan cinta.

sumber: astro gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*