Misteri kemati4n Nora Anne, Sharnaz Ahmad tampil bersuara dan beri ‘Amaran’

Berita misteri kehilangan Nora Anne Quoirinyang akhirnya terjawab selepas satu mayaat wanita ditemui di hutan di Pantai, Seremban, mendapat perhatian masyarakat sejak semalam.

Ramai yang menzahirkan rasa simpati, hiba dan terkejut susulan penemuan mayaat remaja berasal dari Ireland itu pada hari ke-10 kehilangannya dari sebuah resort.

Bukan hanya orang ramai malah kalangan artis juga turut menzahirkan perasaan yang sama termasuklah pelakon Sharnaaz Ahmad.

Sharnaaz berkata, sekiranya kemaatian gadis berusia 15 tahun itu berpunca akibat perbuatan jahat mana-mana individu, dia mahu pelaku terbabit diseksa sebelum dihukum maati.

“Pelaku wajib maati dan diseks4 sebelum maati.. kerajaan jangan sesekali sebut pasal hapuskan hukuman maati..

Mustahil!,” luah Sharnaaz menerusi laman sosial Instagram miliknya.

 

Dia juga berharap seluruh ahli keluarga Nora tabah menerima beri kemaatian remaja itu.

Walaupun pihak berkuasa belum lagi mengesahkan punca kemaatian remaja itu namun ‘kata-kata amaran’ Sharnaaz itu mendapat sokongan kalangan pengikutnya yang bersetuju agar hukuman berat dijatuhkan terhadap si pelaku.

Pun begitu, ada kalangan warganet yang memberi pandangan, orang ramai jangan membuat sebarang spekulasi kerana setakat ini proses bedah siasat masih belum dijalankan.

Sementara itu, proses bedah siasat ke atas mayat Nora akan dijalankan oleh Senior Patologi dari Kuala Lumpur pada hari ini.

Terdahulu, remaja yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya di Malaysia pada 3 Ogos lalu untuk percutian dua minggu di negara ini.

Dia dilaporkan hilang pada pukul 8 pagi pada 4 Ogos lalu.

Selepas 10 hari menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR), polis menemui mayaat wanita berkulit putih, kira-kira 2.5 kilometer dari resort The Dusun, Pantai, pada tengahari semalam.

Malam tadi, polis mengesahkan mayaat yang ditemui adalah Nora Anne selepas ahli keluarga gadis itu membuat pengecaman. –

sumber: MHE Tv

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*