Makan hati, Zul Yahya kurus kering

Kata orang, masalah utama bila melibatkan diri dalam dunia perniagaan kedai makan ialah berkaitan dengan pekerja atau staf. Ada sahaja masalah yang timbul sehingga memeningkan kepala tuan punya kedai.

Inilah yang menimpa nasib pelakon Zul Yahya yang mengusahakan kedai makan sendiri selepas tidak lagi aktif dalam dunia lakonan.

Zul atau nama sebenarnya Zulkiffili Yahaya, 46, berkongsi perasaannya tentang sikap anak muda yang tidak serius dalam bekerja dan tidak bersungguh-sungguh untuk meningkatkan rezeki masing-masing.

 

“Aku kurus bukan tak cukup makan. Aku mewah dengan makanan. Setiap masa aku boleh makan nak dengan tak nak je…

“Tapi layan kerenah pekerja-pekerja yang tak ada hala tuju membuat aku makan sehari sekali kadang-kadang dua hari sekali.

“Inilah masalah utama pengusaha kedai makan… Kalau ditanya semua pengusaha kedai makan, mereka semua pening dengan sikap pekerja.

“Kebanyakan budak Melayu. Budak sekarang jauh pemikiran mereka dengan budak-budak zaman aku dulu. Kerja nak cari ilmu walau susah pun, layan sampai senang. Kerja bukan nak layan nafsu…

“Apa-apa pun, usaha kena jalan terus. Aku berniaga bukan suka-suka macam korang suka-suka nak kerja. Dari berat 61 kg layan kerenah budak-budak Melayu, hari ni tinggal 53 kg,” tulis Zul Yahya dalam laman Instagram miliknya pada Khamis.

Namun di sebalik entri tersebut, ada pula netizen yang tidak bersetuju dengan entri dan gambar yang dimuat naik pelakon Gerak Khas The Movie ini.

Netizen mempersoalkan niat Zul memuat naik gambar badannya yang tidak berbaju, di samping menasihatkan supaya aktor itu tidak menyalahkan kaum semata-mata.

Zul berkahwin dengan Siti Raihan Mohd Rodzi pada Disember 2007 dan dikurniakan tiga anak perempuan serta seorang lelaki berusia antara 1 hingga 8

tahun. – MHE TV

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*