Setiap orang ada selera masing-masing, contohnya kalau makan roti canai biasanya kita cicah dengan kari atau kuah dal kan?
Tapi ada antara kita yang makan roti canai cicah susu pekat, gula, sambal dan banyak lagi. Namun itu terpulang pada selera masing-masing.
“Kicap ni orang miskin je makan”
Tapi isu ‘pisang kicap vs pisang cheese’ yang tengah hangat kat twitter ni sedikit berbeza bilamana seorang pemuda bertindak mengutuk bahawa kicap itu sebagai ‘makanan orang miskin’.
Aku tahu ramai yang tak biasa makan pisang goreng +sambal kicap. Tak kisah lah even setiap negeri lain2 citarasa setiap orang bole bagi pandangan. Tapi this dude too rude to handle part “kicap ni orang miskin je” tak suruh takut bro. Mintak hormat je🤘🏼☺️. pic.twitter.com/ppcWZPbyQm
— rafiq (@Rafiqalias98) August 13, 2019
Kisahnya bermula bila pemuda tersebut membuat posting di twitter mengatakan yang pisang goreng + sambal kicap sebagai BIG NO…maka bermulalah kisah ‘perang’ tersebut.

Sumber: Twitter
“Kalau tak suka boleh ja duduk diam diam, tak payah nak rendahkan citarasa orang…”
So disebabkan ‘pandangan’ dia terhadap kicap sebagai makanan orang miskin, rata-rata netizen menghentam pemuda ini sebab no respect pada makanan dan orang lain.
Korang baca sendiri, komen-komen netizen pasal isu ni.

Sumber: Twitter
“gahsgahshah tweet tu aku curi tweet orang lah…”
So disebabkan ramai yang bengang dengan kenyataan pemuda ini, maka admin pun usha lah twitter pemuda tersebut sebab nak tau cerita sebenar.

Sumber: Twitter
Haa jadi acaner?
sumber: lobakmerah
Leave a Reply