Macam kembar hilang adik, sahabat dil4ngg@r lori depan mata… Dia sempat pesan, “kalau aku tak ada tolong tengokkan mak ayah”

SAHABAT pada masa senang memang ramai dan boleh dicari, tapi teman karib sampai hujung nyawa hanya ada satu dalam 1,000, semuanya ketentuan Tuhan.

Begitulah nasib yang dialami seorang remaja ini apabila sahabat karibnya yang dikenali sejak kecil mavt dalam kem4langan jalan raya.

Lebih menyayat hati, kejadian m4ngsa dir3mpuh sebuah lori pada petang Jumaat lalu, disaksikan sendiri remaja itu, sehingga kisah tragiis tersebut menjadi tular.

Remaja berkenaan, Mohammad Afiq Khairuzan berkata, ketika kejadian dia bersama rakan karibnya, Allahyarham Muhammad Afiq Izzat Mohamad Redzuan, kedua-duanya berusia 15 tahun pergi membeli air minuman di Bukit Beruntung di Rawang, Selangor, selepas solat Jumaat.

 

Afiq dan Izzat bersahabat baik sejak kecil.

Menurut Afiq, dia pergi membeli minuman sementara rakannya itu duduk menunggu pada motosikal di tepi jalan, sebelum sebuah lori yang dipandu secara berb4haya mer3mpyh rakannya sehingga terc4mpak ke tengah jalan.

“Arwwah dibawa ke Hospital Sungai Buloh sebelum disahkan men1nggal dunia. Bunyi dentan arwwah kena r3mpuh dengan lori masih terngiang-ngiang di telinga saya.

“Saya memang rapat dengan arwwah sejak tadika, tinggal pun berdekatan. Bukan setakat rakan baik, tapi dah macam adik-beradik,” katanya dalam nada s3bak kepada mStar.

 

Kawasan berdekatan lokasi kejadian sahabat Afiq dir3mpuh sebuah lori.

 

Kedua-dua sahabat yang begitu rapat macam belangkas itu dianggap sebagai pasangan kembar kerana sering dilihat menghabiskan masa bersama.

“Siapa tak sedih bila sahabat baik yang kenal sejak tadika dah tak ada. Pemergian Izzat (panggilan buat arwwah) merupakan satu kehilangan besar buat saya.

“Dulu kami selalu ke sana sini bersama. Sekarang ni macam kembar hilang adik, sebab semasa hayatnya, saya macam abang kepada dia,” tambahnya.

 

Kenangan… kedua-duanya ibarat pasangan kembar.

Mengakui masih bersedih dengan pemergian sahabatnya itu, Afiq tidak menyangka sikap pelik arwwah sejak kebelakangan ini menjadi satu petanda.

Anak kedua daripada empat beradik itu menjelaskan bahawa rakan karibnya menjadi lebih pemurah daripada kebiasaan.

Arwah seorang yang pemurah dan suka tolong orang, tapi sejak akhir-akhir ini dia semakin pemurah. Ada saja yang dia nak tolong atau kongsikan sesuatu

AFIQ

 

“Arwwah seorang yang pemurah dan suka tolong orang, tapi sejak akhir-akhir ini dia semakin pemurah. Ada saja yang dia nak tolong atau kongsikan sesuatu,” ujarnya. 

Namun apa yang menyentuh emosi Afiq adalah beberapa pesanan dan nasihat buatnya seolah-olah rakannya itu dapat merasai akan pergi buat selama-lamanya.

 

Allahyarham Muhammad Afiq Izzat disifatkan sebagai pemurah dan suka menolong orang.

“Sebelum ini, arwwah berpesan… dia kata ‘Afiq, kalau aku dah tak ada nanti, tolong tengok-tengokkan mak ayah aku’. Arwwah cakap macam tu setiap kali dia dapat tahu ada orang men1nggal dunia.

“Kami ke mana-mana memang bersama, tapi arwwah pernah kata nak pergi jauh tapi dia pergi seorang. Dan pada hari kejadian tu, arwah lebih banyak mendiamkan diri. 

“Tak sangka arwwah pergi seorang meninggalkan saya sahabatnya. Semoga arwwah tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*