Harap Semua Rindvkan Saya- Dahlia Shazwan

Selepas empat tahun, akhirnya pengacara HLive, Dahlia Shazwan mengumumkan akan meninggalkan peranannya sebagai wajah Trivago.

 

Dahlia akui sedih kerana selepas menimba pelbagai pengalaman bersama syarikat tersebut, dia kini terpaksa mengundurkan diri.

 

“This is the post that started it all. Ketika tahun 2016, saya pergi casting dan tidak tahu yang ia akan mengubah seluruh hidup saya.

 

“Dan selepas 4 tahun, saya terpaksa mengucapkan selamat tinggal to the best role i have ever done, menjadi Miss Trivago Malaysia.

 

“4 years guys! Berada di kaca tv sebagai awek/gadis/minah/kakak Trivago. Sedih kerana ia akan menjadi tahun terakhir saya sebagai Ms Trivago so thank you to those who believed in me! I like to think we made history!” tulisnya.

 

 

Dahlia berkongsi berita tersebut di akaun Instagram miliknya.

 

Menerusi perkongsian itu lagi, dia turut memuat naik foto perjalannnya sebagai Ms Trivago.

 

Dahlia yang kini ibu kepada seorang anak bernama Freda, 1, turut berterima kasih kepada semua yang turut memberi sokongan kepadanya.

 

Malah banyak pengalaman yang tidak dilupakan sepanjang menjadi wanita yang pernah tular menerusi iklan-iklan Trivago.

 

“Siapa pernah keluar TV banyak macam ni sampai orang boleh marah? Haha but jokes aside I am truly truly thankful for this and the impact (walau sedikit) I have on the lives around me. 

 

“Thank you for being so supportive and loving the ads as much as i enjoyed making them. Trivago has really been apart of my life sejak sebelum kahwin, lepas kahwin, masa tengah mengandung (setiap kali kena tukar angle sebab perut makin hari makin besar) lepas pantang (yes sbb tu berisi!) 

 

“And this year, rezeki ke India untuk shooting kat sana with a Bollywood production! Am super grateful for this Ya Allah tak terkata tak tau nak cakap apa dah sedih,” luahnya lagi.

 

Dahlia juga berharap orang ramai akan merinduinya dan mendoakannya agar dia kembali dengan sesuatu yang lebih hebat di masa akan datang.

 

“Iklan yang dekat pasar malam would be my last and I hope everyone will miss me haha and doakan saya dan keluarga saya sentiasa selamat dan dimurahkan rezeki. 

 

“Saya doa anda juga dilindungi selalu dan dibalas kebaikan sebab selalu tegur saya dan bgtau how you guys always look forward to the ads. Doakan saya kembali dengan job yg lebih hebat kahkah lebiu gais!” katanya lagi.

 

 

Sebelum ini, pernah tular beberapa video bayi yang terpukau dan gembira selepas menonton iklan Trivago yang menampilkan Dahlia sebagai jurucakap.

 

Untuk rekod, Dahlia mendirikan rumah tangga dengan Shafiq Ismet pada 23 Julai 2016.

sumber: astro gempak

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*