“Dia ni bukan dah pakai tudung ke?” – Jihan ulas isu tidak berhijab dalam iklan

PELAWAK dan pengacara Jihan Muse tampil menjelaskan pertanyaan segelintir netizen yang mempertikaikan penampilan tidak bertudung dalam sebuah iklan di laman sosial.

Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa, 36, berkata, penggambaran iklan itu dijalankan tahun lalu ketika dia belum menutup aurat sepenuhnya.

“Iklan myfreeview tu shoot masa mengandungkan Arsalan tiga bulan. Tengah mabuk teruk masa tu sampai baring dan muntah masa shoot take one.

 

Jihan jelaskan penampilannya tanpa hijab dalam video iklan yang tular di media sosial.

 

“Tapi tak tau lah kenapa baru sekarang keluarnya. Jawapan untuk soalan… dia ni bukan dah pakai tudung ke?,” tulisnya di Twitter.

Jihan berkata penjelasan itu bagi menjawab persoalan netizen selepas menonton video tersebut yang dimuat naik di Youtube pada Jun lalu.

Sebelum ini, Jihan menerima komen positif daripada pengikut laman sosial yang gembira melihat imej terbaharunya sejak Februari lalu.

Menerusi temu bual mStar 20 Mac lalu, pengacara Gegar Vaganza ini memberitahu bahawa dia selesa mengenakan hijab kerana tidak perlu mengambil masa lama untuk bersiap.

Iklan myfreeview tu shoot masa mengandungkan Arsalan tiga bulan. Tengah mabuk teruk masa tu sampai baring dan muntah masa shoot take one.

JIHAN MUSE

PENGACARA 

“Sejujurnya, apabila berhijab lebih senang nak bersiap, tak ada nak pening fikir nak buat rambut, sarung sahaja tudung.

“Kalau hari biasa pakai tudung bawal sahaja, senang! Jika waktu berkerja, tim pengurusan saya yang akan bagi cadangan fesyen dan gaya yang sesuai. Tapi saya letak syarat, asalkan benda itu tak berapa menjelekkan,” katanya kepada mStar.

 

Dalam perkembangan lain, Jihan kini menjadi juri program realiti Raja Lawak Junior yang disiarkan di Astro Warna pada setiap hari Sabtu.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*