Rindukan Jebat, Sharnaaz tumpang kasih pada anak orang lain

Bayi bernama Arryyan Petra menjadi pengubat rindu Sharnaaz terhadap anaknya Jebat Jayden.

Pelakon Sharnaaz Ahmad yang kini masih berdepan dengan kemelut rumah tangga mengaku terlalu rindukan anaknya, Jebat Jayden yang berusia setahun.

Biarpun tidak selalu dapat bertemu dengan anaknya itu namun sekurang-kurangnya kerinduan Sharnaaz terubat tiap kali melihat bayi bernama Arryyan Petra di set penggambaran.

Menurut pelakon drama Lelakimu Yang Dulu ini, Arryan yang memainkan peranan sebagai anaknya dalam drama tersebut sebaya dengan Jebat.

 

Dalam drama bersiri 28 episod yang ditayangkan di saluran TV3 itu, Sharnaaz turut bergandingan dengan Nelydia Senrose.

Malah keletah Arryan sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan anak kandungnya.

“Saya nampak Jebat dalam diri kamu sayang, ba rindu sangat pada anak ba @jebatjayden.

“Terima kasih @arryyanpetra sebab sayang papa,” tulisnya pada kapsyen gambar yang dimuat naik menunjukkan dia sedang mendukung Arryyan.

 

 

komen peminat:

 

Sharnaaz mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila Mohd Nor pada 31 Mac 2017. Sayangnya kebahagian pasangan ini tidak berkekalan.

Terdahulu, Nabila telah memfailkan permohonan cer4i pada 27 Ogos lalu. Sharnaaz bagaimanapun enggan mencer4ikan wanita itu.

Drama kisah rumah tangga mereka memasuki episod baharu apabila pelakon tersebut memfailkan permohonan nusyvz terhadap isterinya.

Sebutan semula kes berkenaan akan bersambung pada 6 November depan.

 

sumber: mhetv

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*