Dah tiga hari kami tidur berasingan – Siti Nurhaliza

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengaku sudah tiga hari terpaksa tidur berasingan dengan anak kesayangannya, Siti Aafiyah yang berusia setahun.

Menurut Siti, dia dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa terpaksa berbuat demikian kerana keadaan mereka yang kurang sihat selepas mengalami batuk dan selsema.

Siti bagaimanapun bersyukur kerana menerusi pemantauannya, Aafiyah ‘pandai membawa diri’.

Malah dia berasa lucu apabila mengetahui pelbagai ragam anaknya sepanjang malam menerusi pembantu yang dikenali sebagai Kak Dayah.

“Sudah tiga hari terpaksa tidur asing dengan Aafiyah sebab ibu dan ayah kena batuk serta selsema.

“Kakak dayah beritahu macam-macama gelagat Aafiyah bila tidur dengan kakak..

“Ni dia nak ber ‘hi five’ dengan kakak walaupun mata pejam.. Aafiyah anak ibu yang soleha dan hebat,” tulisnya pada kapsyen gambar tangkap layar perbualan antara dia dan pembantunya.

 

 

Rata-rata pengikut memberikan komen luahan mereka juga turut terhibur dengan gelagat Aafiya.

Lebih mencuri perhatian, komen lucu pelawak dan pengacara Zizan Razak yang seolah-olah tidak mahu mengalah dengan Aafiyah.

“Kak Iti (nama panggilan mesra Siti), semasa kecil, ibu saya alihkan posisi tidur saya tapi saya pergi alihkan kereta dekat parking. Saya memang gempak Kak Iti,” komennya dan disertakan dengan emoji gelak.

 

sumber: MHEtv

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*