Siapa kata lelaki tidak boleh minat dengan Hello Kitty? Kalau lelaki boleh jadi pencinta kucing, tidak ada salahnya mereka menggayakan produk Hello Kitty untuk menggambarkan minat mereka itu.
Jika di Jepun, kaum lelaki meminati watak kucing putih itu merupakan perkara biasa, malah syarikat Sanrio sendiri ada mengeluarkan rangkaian fesyen Hello Kitty khas buat lelaki.

Kini, jenama fesyen terkenal Balenciaga pula mengeluarkan rangkaian beg tangan Hello Kitty untuk kaum lelaki yang berani untuk membawa kucing itu keluar bersama rakan-rakan mereka.
Walaupun sasaran utama rangkaian itu adalah pengguna lelaki, beg kulit yang menampilkan wajah Kitty bersama reben merah ikoniknya itu juga sesuai digayakan oleh wanita.



Hadir dalam 3 warna iaitu merah jambu, putih, dan hitam, beg bernilai kira-kira RM6,000 itu diperagakan oleh model lelaki yang memakai pakaian pemotoran serba hitam sebagai salah satu cara menyeimbangkan imej feminin dengan imej maskulin.
Sumber: Next Shark
Kredit: HCL
Leave a Reply