Pelawak Kamal Chilok k0ma terb4bit kem4lang4n selepas ‘COD’ patin tempoyak

ANGGOTA kumpulan Chilok iaitu Kamal terbabit dalam satu kem4langan jalan raya di Putrajaya kira-kira pukul 2 petang, Khamis.

Menurut salah seorang ahli kumpulan iaitu Chiwan, Kamal atau nama sebenar Mohd Kamal Shah Saharuddin mengalami keced3raan pada anggota badan serta kepala dan masih belum sedarkan diri.

“Semasa kejadian, dia memandu kenderaan sendirian dan berl4nggar dengan sebuah kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) dan tak sedarkan diri selepas kem4langan itu.

‘Kamal dikejarkan ke Hospital Putrajaya dan doktor dah buat pemeriksaan… dia mengalami patah bahu, kaki dan pendarahan dekat kepala. Sekarang ini dia masih k0ma!

“Doktor kata kalau perlu pembed4han dalam masa terdekat, dia akan dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur,” katanya kepada mStar.

 

Kumpulan Chilok; dari kiri Chiwan, Kamal dan Achok.

Sementara itu, peserta Maharajalawak Mega 2019 ini memberitahu kem4ngan itu berlaku selepas Kamal menghantar tempahan makanan seorang pelanggan dan dalam perjalanan pulang ke rumah.

Pelawak itu menjalankan perniagaan patin tempoyak secara ‘cash on delivery’ (COD) atau pembayaran tunai semasa serahan sejak awal tahun lalu.

“Kamal ada buat perniagaan makanan patin tempoyak dan kemal4ngan terjadi ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Sepang, Selangor, selepas menghantar tempahan pelanggan di Putrajaya.

“Saya pun tak pasti macam mana kem4langan itu berlaku dan apabila mengetahui berita tersebut, kita terus bergegas ke hospital.

“Minta semua peminat mendoakan agar Kamal sedar seperti sedia kala dan kesihatannya baik-baik sahaja,” ujarnya.

Terdahulu, Kamal menyertai kumpulan KRONI dalam Muzikal Lawak Superstar (MLS) dianggotai oleh Achok Cilok, Kamal Chilok dan Wani Kayrie.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*