Pelawak Kamal Chilok men1n gal dun1a selepas dua hari ko ma

ANGGOTA kumpulan lawak Chilok, Mohd Kamal Shah Saharuddin, 30 atau Kamal Sumbu men1 ngal  dun1a di Hospital Putrajaya, di sini, hari ini.

Perkara itu disahkan rakannya yang juga artis, Atoi Tohet ketika dihubungi Harian Metro.

Atoi berkata, dia menerima berita itu sebaik dihubungi beberapa rakannya yang berada di hospital berkenaan jam 5 petang.

 

“Saya meminta semua peminat mendoakan dan sedekahkan al-Fatihah kepada arrwah,” katanya.

Kamal mengalami pend4rahan dalam kepala, p4tah bahu dan kaki selepas terbabit dalam kem4langan jalan raya di Putrajaya jam 2 petang kelmarin.

Ketika kejadian, dia dalam perjalanan menghantar pesanan makanan patin tempoyak yang diusahakannya kepada pelanggan.

 

Kamal pernah menyertai Maharaja Lawak Mega (MLM) pada 2016 dan 2018 selain merangkul naib juara Bintang Mencari Bintang pada 2014.

Ketika dihubungi Harian Metro baru-baru ini, Kamal memberitahu dia akan berentap di kerusi panas MLM 2019 yang akan bersiaran pada 1 November ini.

Arwah yang juga bekas penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor memberitahu mahu meluaskan bakat sebagai penyampai radio.

sumber: metro online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*