Dis4hkan Kans3r Payud4ra, Tun Dr. Siti Hasmah Tak Beritahu Tun M

Isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali mendedahkan dirinya merupakan seorang ‘survivor’ kans3r payud4ra dan telah menjalani rawatan penyakit berkenaan pada Mac lepas.

Beliau berkata doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan kecil pada kiri payudaranya setelah menjalani pemeriksaan mammogram dan rawatan biopsi di sebuah hospital di ibu negara.

Bagaimanpun Siti Hasmah berkata, ketika keputusan biopsi diperolehnya yang mengesahkan ketumbvhan di payud4ra kirinya adalah kans3r, beliau hanya tenang dan tidak memaklumkan kepada suami, Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

 

Katanya, beliau enggan mengganggu suaminya yang sibuk dengan tugas sebagai Perdana Menteri.

“Doktor lakukan biopsi pada Sabtu, keputusan diperoleh pada Isnin tetapi sepanjang tempoh itu saya tidak langsung memberitahu suami kerana tidak mahu mengganggunya, dia sibuk kerja.

“Apabila dia (Dr Mahathir) tahu pada hari keputusan biopsi keluar, dia tak bebel, cuma dia risau sampaikan suruh saya dibedah pada esoknya.

“Saya masuk wad, empat hari selepas itu iaitu pada Jumaat, (dan) Sabtu saya dibedah untuk keluarkan ketumbvhan kecil berkenaan. Pada Ahad, saya keluar wad,” katanya.

Dr Siti Hasmah turut berpesan kepada kaum wanita supaya tidak malu dan takut untuk menjalani ujian saringan mengesan kans3r payud4ra.

“Kans3r payud4ra boleh berlaku pada sesiapa sahaja tidak kira umur daripada muda sehinggalah umur 90-an seperti saya.

 

“Jangan gadaikan nyawa kita kepada jenis kans3r yang boleh dicegah sekiranya dapat dikesan dari awal, kerana lebih cepat dapat rawatan lagi cepat kita boleh sembuh.

“Pemeriksaan kesihatan itu merupakan satu tanggungjawab yang perlu diberi kepada diri kita yang masih sihat sebelum mahu menjaga orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Kesedaran Kans3r Payud4ra Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL Pink October) 2019 di Hospital Kuala Lumpur, pada Selasa.

Sumber: Astro Awani

Kredit: astro gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*