[VIDEO] Baru 6 Tahun, Budak Ini Sudah Jadi Pendandan Rambut Profesional

Kemahiran dandanan rambut mengambil masa yang lama untuk dikuasai. Mereka yang berminat untuk membuka sal0n atau menjadi pendandan rambut juga perlu mengambil kursus untuk mempelajari kemahiran itu.

Namun tidak buat seorang kanak-kanak lelaki dari China ini yang sangat berbakat dalam dandanan sehingga dia dibenarkan untuk memberi perkhidmatan gunting rambut kepada pelanggan.

 

Lebih mengkagumkan, Jiang Hongqi hanya berusia 6 tahun dan mempelajari teknik menggunting rambut daripada memerhatikan ibu bapanya melakukan tugas sejak berusia 4 tahun.

Pada usia yang begitu muda, Jiang memulakan kerjayanya dengan tugas-tugas membasuh rambut pelanggan. Setelah bakatnya terbukti, lama kelamaan dia dibenarkan untuk melakukan tugas-tugas yang lebih sukar.

 

Kini, Jiang telah pandai mengendalikan gunting, pis@u cukur, sikat, berus dan pengering rambut dengan cekap. Malah, servis yang diberikan juga sangat berkualiti dan profesional.

Selain mengunting rambut lelaki dan wanita, dia juga boleh mendandan rambutnya sendiri. Bakat luar biasa kanak-kanak itu memberikannya lebih dari 1 juta pengikut di media sosial, ramai yang teringin untuk menjadi pelanggan istimewanya.

 

 

 

 

 

 

Sumber: Shanghaist

Via HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*