“Helokkk bak hang wei”- 3 hero satu foto curi tumpuan ramai, digelar 3 jejaka ‘S’

Jarang sekali dapat melihat beberapa pelakon-pelakon terkenal dalam satu foto namun apabila Sharnaaz Ahmad memuat naik sekeping fotonya bersama dua lagi pelakon yang sudah tidak asing dalam dunia hiburan, ramai meninggalkan pelbagai komen!

Malah, posting terbaru yang dimuat naik Sharnaaz sebentar tadi juga sudah meraih ribuan tanda suka daripada ramai.

Foto bersama jadi perhatian

Mana taknya, Sharnaaz dalam satu foto bersama Shukri Yahaya dan Syafiq Kyle yang bukan sahaja terkenal kerana kacak namun juga disukai ramai kerana bakat lakonan mereka yang sentiasa tidak mengecewakan.

Difahamkan tiga jejaka ini berada di Korea, bagaimanapun mereka bertiga juga digelar jejaka ‘S’ berikutan nama depan mereka.

 

Sehingga kini posting terbaru Sharnaaz dilaman Instagram itu menerima pelbagai maklum balas daripada peminat mereka malah sempat memuji lakonan hebat tiga pelakon terkenal ini.

Reaksi netizen

 

 

Sumber: Sharnaaz Ahmad

kredit: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*