Misi ‘Jangan Ketawa’ Running Man Buat Penonton Gelak Pecah Perut!

Bila sahaja rancangan “Running Man” ini tak kelakar? Setiap minggu pasti ada sahaja idea pihak produksi nak kenakan ahli rancangan itu. Ahli “Running Man” pula memang dah ‘gila’! Semakin mereka melayan idea gila produksi, semakin huru-hara episod itu. Sama juga dengan apa yang terjadi semasa episod terbaru ini, kelakar habis sampai keras perut gelak!

Untuk misi dalam episod tersebut, beberapa ahli rancangan itu telah diberikan tugas supaya berjalan ke sebuah kedai serbaneka berdekatan untuk membeli barang makanan. Nampak senang bukan? Tapi misi ‘simple’ ini jadi lucu bila mereka semua diberikan arahan supaya tidak ketawa sepanjang menjalani misi itu. Siapa sangka, pihak produksi meletakkan beberapa ‘halangan’ yang mencabar sehingga setiap ahli tersebut terpaksa ketap mulut supaya tidak ketawa.

[Amaran SPOILER]

‘Halangan’ pertama ialah ada beberapa orang pelajar yang berlari mendapatkan mereka untuk meminta autograf. Tapi mengejutkan apabila salah seorang daripada mereka tampil dengan solekan khas di mana dia mempunyai bulu hidung yang berjela panjang dan bulu kening yang tebal. Paling tak tahan apabila pelajar itu boleh pula selak bulu hidungnya yang panjang itu dan selitkan ke telinga. Kelakar gila! Semua ahli yang menghadapi situasi itu terpaksa memandang ke arah lain agar tidak menatap wajah pelajar itu. Jurukamera pula seronok gelak riang melihatkan situasi di mana ahli “Running Man” terpaksa membuat muka tenang dan menahan gelak mereka. Kim Jongkook sendiri mengaku bahawa ini adalah kali pertama dia menangis kerana tak tahan nak gelak!

 

 

 

Untuk halangan kedua, tak disangka-sangka apabila seorang makcik penjual ‘Bungeo-ppang’ (roti berbentuk ikan dengan inti berbeza) yang dilengkapi dengan solekan Genie dalam cerita ‘Aladdin’! Muka serius mak cik itu yang memanggil mereka supaya membeli roti itu membuatkan mereka memandang ke langit kerana terlampau lawak. Ji Sukjin nyata tewas di ‘halangan’ ini kerana ketawa besar sambil memegang perutnya. Terkejut sangat agaknya apabila melihat wajah wanita itu dicat warna biru dan dihiasi dengan janggut juga!

Lee Kwangsoo habis ‘menganga’ apabila melalui ‘halangan’ ketiga. Seorang mak cik yang kelihatan normal telah meminta untuk berswafoto bersama mereka. Namun, tanpa semena-mena wanita itu telah menyepak telefon bimbit yang digunakan itu dan terus melakukan ‘tumbling’ beberapa kali untuk kembali ke rumahnya. Sakit perut tengok perilaku yang tak masuk akal itu.

 

‘Halangan’ keempat juga nampak senang pada awalnya namun jangan tertipu melihat muka pembantu pengarah yang nampak tenang itu. Serangan pertama ialah apabila dia membuka cermin matanya tetapi sebenarnya dia telah melukis bentuk cermin mata pada wajahnya dan turut disertai dengan rambut botaknya yang palsu. Namun yang tak tahan lucu ialah apabila dia menundukkan badannya, jelas kelihatan muka watak komik pada permukaan kepalanya itu. Yang Sechan langsung tak ‘cover’ dan terus ketawa besar apabila melihatnya. Sambil terbaring di atas jalan, dia menjerit, “Perlukah awak pergi sejauh itu?!”

 

 

 

Pasangan ‘abang dan adik’ iaitu Lee Kwangsoo dan Kim Jongkook merupakan antara ahli yang berjaya sehingga ke ‘halangan’ terakhir di mana mereka perlu memasuki kedai serbaneka itu dan membeli air minuman. Pun begitu, baru sahaja membuka pintu kedai tersebut, Lee Kwangsoo terus jatuh terjelepuk ke lantai dan ketawa sekuat-kuatnya. Kim Jongkook yang melihatkan situasi ini tertanya-tanya apakah yang dilihat oleh Kwangsoo sehingga dia jadi ‘gila’ seperti itu. Masuk sahaja ke dalam kedai, dia sudah ternampak sedikit kelibat juruwang di kaunter itu dan dia terpaksa menahan gelaknya. Apabila dia ingin membayar harga minum itu, dia terpaksa berpura-pura menangis supaya dapat menghentikan rasa ingin ketawa yang membuak-buak. Makin kuat teriakannya itu apabila terpandangkan Han Kibum (pemain bola keranjang veteran yang seiras dengan Kwangsoo) dan terus berusaha agar tidak ketawa. Makin parah, apabila atlet itu mula menari tarian terkenal Kwangsoo iaitu ‘tarian nyamuk’. Walaubagaimanapun, Kim Jongkook kuatkan hatinya bagi menjayakan misi itu.

Walaupun ahli “Running Man” tidak dibenarkan ketawa tetapi penonton di rumah dah gelak besar sejak daripada awal misi itu lagi! Betul lah peminat selalu kata yang episod rancangan itu akan jadi lagi best sekiranya tiada selebriti jemputan!

 

 

 

Sumber: Soompi, Youtube

Kredit: kimchidaily

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*