Ramai Doakan Kes1hatan Yang Baik Untuk Janna Nick Tapi Konpius Capti0n Yang Dimuat Naik Admin

Pementasan Siti Di Alam Fantasi bermula 21 hingga 26 November ini di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur. Selain Janna Nick, turut berlakon ialah Johan Raja Lawak, Abam Bocey, Issey Fazlisham, Fizo Omar, Datin Paduka Umie Aida, Datuk Ziela Jalil, Erma Fatima, Ozlynn Waty dan Isma Halil.

Sakinah berkata, Janna tetap meneruskan latihan teater walaupun dalam keadaan kurang sihat.

“Walaupun demam, dia tetap datang latihan. Mungkin sebab itu badannya semakin lemah. Apa pun, terima kasih kepada semua peminat yang tidak putus-putus berdoa,” katanya.

 

Sakit pun comei kan? Keep resting ok… you need to be better for tomorrow! Esok dah nak show”

 

Demikian status yang dimuatnaik pelakon popular, Janna Nick, 24 yang dimasukkan ke hospital, semalam, akibat jangkitan bakteria selepas mengalami demam panas sejak empat hari lalu.

 

Pembantu peribadinya, Sakinah ketika dihubungi berkata, Janna masih diberikan rehat.

“Janna bukan saja demam, tapi dia turut mengalami muntah-muntah. Apabila ke hospital, doktor sahkan dia terkena jangkitan bakteria. Alhamdulillah, sejak dimasukkan ke hospital semalam, keadaannya beransur baik. Selera makan pun sudah ada, cuma dia perlu berehat di hospital.

” Kalau semuanya okay, mungkin hari ini sudah boleh keluar. Sebab esok sudah bermula pementasan Teater Siti Di Alam Fantasi,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu rata-rata netizen dan pengikut Janna Nick memberi ucapan kepada artis kesayangan mereka itu serta mendoakan beliau diberi kesembuhan segera. 

Get well soon janna. . Penat sgt tu kerja sampai kan tak terjaga kesihatan diri sendiri. Utamakan kesihatan diri ini dulu baru kerja.

Kurang nutrisi ke? Sbb janna buat vegie 21days challenge kan? Get well soon dear..nak tgk you kat IB lusa ni

Ada juga yang bertanya kerana ‘confuse’, siapa yang memuatnaik status tersebut sedangkan Janna terbaring di katil wad. Tapi ada warganet lain segera memberitahu gambar dan status itu sebenarnya ditulis oleh ‘admin’ akaun Instagram Janna Nick iaitu kekasihnya sendiri. 

ainsyuhadaa._@jannanick adoi admin balas diri sendiri ke ni?

anis_aziz.jnfc870 @jannanick ni admin tlg balas ka dr tuan punya ig sndiri???

…musykil plak…

 

liena_ali @jannanick dini la tu

leeyanatalha @dinischatzmann hebatnya kamu

 

Caption comel yang dimuat naik Dinischatzmann, kekasih Janna Nick

Sumber : hmetro

kredit: monyethijau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*