(Video) Chant Ultras Malaya Pukau Mat Salih, Viral Hingga Ke Media Antarabangsa

Kemeriahan perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Indonesia malam tadi berakhir dengan keputusan yang baik bagi pasukan Malaysia selepas berjaya menewaskan pasukan Indonesia.

Perlawanan yang telah dibanjiri dengan penonton sekitar 85,000 orang itu telah digamatkan lagi dengan teriakan sorakan pemain ke-12 pasukan Harimau Malaya iaitu Ultras Malaya.

Sorakan yang dilaungkan oleh Ultras Malaya itu telah membuatkan seluruh stadium menjadi gegak gempita sekali gus menghangatkan suasana stadium.

Dilengkapi dengan tifo serta formasi sorakan yang disusun rapi, aura yang dibawa oleh Ultras Malaya bagi menaikkan semangat pemain serta penyokong yang membanjiri stadium itu sudah tidak perlu disangkal lagi.

Gambar: Bernama

 

Formasi sorakan serta laungan yang bersemangat dilaungkan oleh Ultras Malaya itu turut mendapat perhatian daripada peminat bola sepak serta media antarabangsa dari luar negara.

Portal The Guardian dari UK muat naik video ‘chant’ Ultras Malaya

 

Akaun Twitter @BestChantsUK muat naik video ‘chant’ Ultras Malaya

 

 

Bekas Pengarah Pemasaran Persatuan Bola Sepak Iran yang hadir ke stadium malam tadi turut muat naik suasana di stadium yang digamatkan oleh Ultras Malaya.

 

Antara tweet-tweet dari netizen luar negara:

Menakjubkan, jemput mereka datang Celtic!

Baru pukul 7.37, sejam lagi sebelum perlawanan bermula!

Sukar untuk dipercayai

 

Gila!

 

 

Sumber: Guardian Sport, @BestChantsUK, @payam_ansari

kredit: siakapkeli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*