(Video) Linda Rafar Lrang Suami Diet, Suka Perut Bunc1t

Hampir 13 tahun meniti rumah tangga bahagia bersama pelakon Syed Aiman, penyanyi Linda Rafarmemberitahu dia lebih suka suaminya terus berperut buncit. Malah, Linda turut melarang suaminya untuk diet.

Menerusi satu video dikongsikan oleh Linda, penyanyi itu mengusik sambil memegang perut suaminya yang kini sedang diet serta mengatakan bahawa dia lebih suka jika suaminya buncit.

 

View this post on Instagram

Jarang2 berlaku scene mcm ni.. 😂.. im gonna deleted soon, just nk tanya girls out there suka lelaki buncit or slim?? comment cepat b4 i deleted this post😘 @syedaiman75 📷📸📹🎥

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

 

Perkongsian Linda itu mendapat perhatian netizen terutamanya wanita yang mengakui sukakan suami mereka berperut buncit. Bagaimanapun, ada wanita yang mengatakan mereka lebih suka jika suami menjaga badan, lebih sedap mata memandang.

 

Dalam pada itu, ramai yang mengatakan suka melihat gelagat pasangan tersebut yang sentiasa bahagia dan masih romantik meskipun sudah lama berkahwin.

 

5 Sebab Kenapa Lelaki Buncit Itu Lebih Menawan

1. Lelaki boroi itu sangat sedap sekali untuk dipeluk oleh si isteri

Kemana-mana si isteri pergi dia tidak pelu membawa bantal kerana suaminya yang boroi boleh dijadikan bantal ketika isteri kepenatan dan mengantuk! Tertekan kerana urusan kerja? Urusan rumah tangga? Tak perlu bimbang kerana suami boroi ialah seperti bantal mudah alih yang akan sentiasa menjadi kekasih abadi untuk isteri tersayang…..

2. Di depan suami boroi, pasangannya boleh makan apa sahaja yang dia suka kerana si boroi tidak akan mengatakan yang isterinya sudah gemuk

Saat anda berdua sedang makan, si isteri bebas makan apa sahaja. Anda boleh menjadi diri sendiri tanpa perlu bimbang dilarang memakan juadah kegemaran kerana lelaki buncit biasanya tidak peduli apakah yang isterinya makan. Jadi di depannya, isteri boleh menjadi dirinya sendiri. Kalau tak percaya, cubalah makan banyak di depan suami boroi! Hehehehe…..

3. Kalau naik motor, pelukan isteri menjadi jauh lebih hangat. Jadi rasa sayangnya akan menjadi lebih nikmat

Petang-petang naik motor keliling kota berduaan! Wah, sedap sekali tu! Apalagi sambil memeluk suami buncit, nescaya kebahagiaan isteri akan semakin bertambah. Petang anda akan berbeza dari petang-petang sebelumnya. Bila ada jalan berlubang anda boleh memegang perutnya, ada lampu merah anda boleh  menguatkan lagi pegangan di perutnya. Kalau dia membrek secara mendadak? Terus anda memeluknya erat-erat. Aduh! Nyamannya anda berdua rasa…..

Nescaya, secara perlahan-lahan rasa sayang anda akan bertambah terhadap suami yang boroi itu. Cubalah naik motor bersama suami anda petang nanti ye?

4. Biasanya mereka yang berperut buncit adalah orang yang kelakar, dan anda boleh tertawa setiap hari

Lelaki berperut buncit memiliki sifat humor yang tinggi? Betul atau tidak? Tak perlu anda beli buku humor atau menonton stand-up comedy kerana mereka pasti akan membuatkan harimu lebih bahagia. Betul kan?

5. Walaupun berbadan besar, lelaki boroi adalah suami budiman yang boleh melindungi dirimu dari siapapun yang menganggu

Jangan salah anggap, walaupun punya perut yang besar, suami boroi adalah pastinya lelaki yang budiman/gentleman. Dia tidak akan membiarkanmu disakiti dan diganggu orang lain. Ada yang mengganggumu? Lapor saja kepada suami berperut buncit kerana dia adalah lelaki yang tak mau pujaan hatinya terluka . Selesai masalah!

sumber: rotikaya via zukidin.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*