“Insya-Allah Hari Ini Baby Keluar” – Aeril Zafrel Mohon Doakan Wawa Zainal

Pelakon Aeril Zafrel memohon pemiat mendoakan isterinya, Wawa Zainal yang dijangka bakal bersalin hari ini.

 

Aeril berkongsi berita tersebut menerusi entri terbaru diakaun Instagramnya.

 

Entri tersebut juga diserta dengan video pendek merakamkan Wawa yang kini berada di hospital

“Insya-Allah hari ini baby keluar. Mohon doa dari semua segalanya dipermudahkan…. #wawabundleofjoy,” tulisnya ringkas.

 

View this post on Instagram

Insyallah harini baby keluar. Mohon doa dari semua segalanya dipermudahkan…. #wawabundleofjoy

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

 

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mula memberi kata-kta semangat selain mendoakan urusan bersalin dipermudahkan.

 

Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan dua anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

sumber: astro gempak

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*