Ubat-ubatan dan suplemen vitamin adalah penting untuk kanak-kanak yang masih kecil kerana sistem antibodi mereka yang belum begitu kuat menyebabkan mereka mudah dijangkiti penyakit.
Walau bagaimanapun, meyakinkan kanak-kanak untuk makan ubat adalah tugas yang tidak mudah kerana mereka tidak memahami mengapa mereka perlu mengambil ubat.
Selain itu mereka juga percaya bahawa ubat mempunyai rasa yang tidak sedap disebabkan oleh tekstur atau rasa cecair itu.
Malah perkataan ‘ubat’ itu sendiri membuatkan mereka melihat ia sebagai menakutkan dan ‘menyakitkan’.
Oleh itu ramai ibu bapa telah mengikhtiarkan pelbagai cara untuk memudahkan anak mereka memakan ubat.
Antara cara yang biasa digunakan adalah dengan memujuk dan memberikan mereka ganjaran seperti gula-gula.
Ada juga ibu bapa yang akan memasukkan ubat ke dalam makanan kegemaran anak mereka seperti yogurt atau madu.
Namun ada juga ibu bapa yang menggunakan helah penipuan untuk membuatkan anak mereka makan ubat tanpa banyak kerenah.
Seperti satu perkongsian di Twitter, seorang ibu menunjukkan cara bagaimana dia menyorokkan ubat di dalam kotak minuman yogurt.
Twitter shows me new tips everyday for when I have a child pic.twitter.com/eeIFuFPIrz
— 🏳️🌈 (@StylezBoogiee) November 26, 2019
Anaknya kemudian meminum ubat itu dengan penyedut minuman tanpa mengetahui ia sebenarnya bukanlah minuman yogurt.
Seorang bapa juga menggunakan cara yang sama dengan menyorokkan pam picagari berisikan ubat di sebalik minuman jus untuk memperdayakan anaknya.
*saves for when I have kids in 800 years* pic.twitter.com/MLkXjDMO2W
— East Coast Renaissance (@EastRenaissance) November 24, 2019
Menyangka picagari tersebut adalah penyedut minuman, kanak-kanak tersebut dengan rela hati meminum ubat dari picagari itu.
Rata-rata netizen terhibur dan geli hati melihat bagaimana kanak-kanak sangat mudah terpedaya, malah ada juga yang mengaku menggunakan helah yang sama.
— PAPITO ADAMS 🏄🏾♂️🌊🥃 (@Smoove_Pito) November 27, 2019
“Mak aku ada cara lebih berkesan, tunggu dengan tali pinggang…”
“Tutup hidung sampai dia buka mulut untuk bernafas…”
“Parents aku bagi dua pilihan…makan ubat atau tanggung sakit”
Sumber: Twitter
kredit: HCL
Leave a Reply