Frozen adalah salah satu filem animasi Disney yang paling popular bukan sahaja di kalangan kanak-kanak malah penonton dewasa juga.
Sejak ketibaan sekuel Frozen bulan lepas, ramai yang telah dijangkiti ‘demam’ Frozen dan tidak henti-henti bercakap tentang filem itu di media sosial.
Salah satu perkara ajaib berkenaan filem Disney itu yang memikat hati penonton adalah lagu-lagu dari soundtrack yang turut pernah memenangi Anugerah Akademi.
Malah lagu Disney yang paling banyak dimainkan di Spotify sejak tahun 2013 adalah lagu dari filem pertama Frozen, Let It Go.
Bagi Frozen 2 pula, lagu Into The Unknown nyanyian Idina Menzel paling menjadi kegemaran ramai.
Lagu itu memberi kesan kepada pendengar dan tidak dapat dilupakan sehingga iramanya sentiasa bermain di kepala.
"tak tengok lagi woi" pic.twitter.com/AhJ3iQ57W0
— æ d i b (@adibkmy) November 30, 2019
Malah dalam satu video yang dikongsikan di Twitter, kawasan asrama lelaki di sebuah universiti awam kedengaran mendendangkan irama lagu itu beramai-ramai.
Di samping kekecohan itu, ada juga yang marah kerana masih belum menonton filem tersebut.
Video yang telah meraih lebih 200 ribu tontonan itu membuat rata-rata netizen terhibur, dan ada juga yang dapat mengaitkan diri dengan situasi itu.
“Demam Frozen 2…”

“Pengaruh movie Frozen..”

“After tngk Frozen II jad camni…”

“Asrama lelaki kat UiTM pun bising…”

“Sama lah macam dekat puncak perdana…”

“Yang pergi tengok dgan awek je tahu…”

“Suara Olaf pun ada…”

“Mungkin asrama sejuk…”

Sumber: Twitter
Kredit: HCL
Leave a Reply