“Ini baru true l0ve” – Video Suami Jadi Bangku Isteri Sarat Meng4ndung Masa Tunggu Giliran Buat Warganet Cair

Sebagai seorang suami, pastinya mereka akan jadi lebih risau dan akan ada extra careful kalau isterinya sedang sarat hamil.

Ya lah, wanita itu tengah bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat mereka, itu sebablah mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan isteri dan anak-anak itu terjaga.

Rasa terharu pun ada bila tengok tindakan suami ini, sanggup jadikan dirinya sebagai ‘bangku’ untuk isterinya yang sarat hamil itu duduk sewaktu menunggu giliran.

 

Sudah semestinya sikapnya itu telah berjaya meraih pujian netizen dari China ini. Video itu menunjukkan suaminya duduk bawah dan biarkan isterinya duduk di atas badannya itu.

Dalam footage lain yang dikongsikan sumber, dilihat wanita itu nampak macam tak larat, mungkin kakinya kejang atau sakit pinggang setelah sekian lama berdiri.

Bagaimanapun, masih ada netizen yang mempertikaikan yang suaminya tidak perlu memperbodohkan diri di khalayak ramai, boleh saja bawa isteri duduk di bangku lain dan biar suami yang beraturkan.

 

Hmm, mungkin masa tu orang ramai dan mereka selfish kot, jadi tak ada ruang untuk duduk. Apa pun dah nama pun true love, mestilah buat apa sahaja kan? Daripada ceraikan? Eh!

Sumber: lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*