Katy Perry Pakai Baju Pereka Fesyen Malaysia! Wow

Penyanyi popular antarabangsa Katy Perry memilih untuk memperagakan busana pereka fesyen Malaysia, Khoon Hooi pada acara 101.3 KDWB’s 2019 Jingle Ball yang berlangsung di Xcel Energy Center, Minneapolis, Amerika Syarikat pada Isnin lalu.

Pada acara tersebut, Perry yang berambut perang menyarung dres kuning daripada koleksi bunga 2020 Khoon Hooi.

Dres bertatahkan batuan jemeki itu mencuri perhatian dengan rekaan signatur riben besar pada tengah-tengah dada.

Selain Perry, aktres dan model jelita Camila Morrone turut menyarung persalinan hijau pudina ketika menghadiri Festival Filem Antarabangsa Marrakech 2019 di Maghribi minggu lalu.

Dres itu merupakan sebahagian daripada koleksi musim luruh 2019.

 

Jenama Khoon Hooi sering menjadi pilihan wanita yang inginkan gaya moden dan sofistikated.

 

 

Model dan pengacara Asia’s Next Top Model, Cindy Bishop juga antara selebriti antarabangsa yang pernah menyarung rekaan Khoon Hooi.

 

 

sumber: astro gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*