Sepasang suami isteri d1paksa membayar 200,00 yuan (RM118,329) oleh pihak sebuah showroom Audi di Guilin, China.
Menurut AsiaOne, ia disebabkan anak kecil mereka berusia 3 tahun telah mencalarkan 10 kereta Audi termasuklah keluaran terbaru, Audi Q8 menggunakan batu pada 24 November lepas.
Pihak showroom kemudian meminta kedua ibu bapa kanak-kanak itu membayar ganti rugi kerana kerosakan itu akan membuatkan kereta tersebut tidak lagi dilabel sebagai kereta baru walaupun selepas dicat semula.


Gambar hiasan
Disebabkan calar itu juga, 10 kereta terbabit hanya boleh dijual dengan harga yang lebih murah, itu pun pihak mereka berkemungkinan dikenakan tindakan atas kesalahan pen1puan.
Bagaimanapun, pasangan itu dikatakan tidak bersetuju dengan harga yang dikenakan pihak showroom dan kes ini telah dibawa ke mahk4mah. Pada 3 Disember baru-baru ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk selesaikan masalah itu dan pasangan terbabit membayar sejumlah 70,000 yuan (RM41,415).

Gambar hiasan
Mahkamah turut berkata kepada pasangan itu bahawa menggunakan ‘Anak saya masih kecil’ dan ‘Anak saya tidak faham apa-apa’ tidak boleh diguna pakai untuk mengurangkan pampasan yang ditetapkan.
Hakim juga turut menasihati pasangan terbabit supaya pantau anak kecil mereka dan bantu kanak-kanak itu untuk explore sesuatu benda baru di sekelilingnya, dengan cara lebih baik.
Sebab tu pentingnya didik anak sejak kecil…
Sumber: lobakmerah
Leave a Reply