LRAJA Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meluahkan rasa teruja kerana dapat menyaksikan majlis graduasi ketenteraan anakandanya di Akademi Tentera Diraja Sandhurst (RMAS), London pada Jumaat.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan menyaksikan perbarisan tamat latihan ketenteraan Tengku Hassanal. – FotoBERNAMA
Malah netizen turut meluahkan rasa gembira di atas kejayaan tersebut.
“Bangganya hati seorang ibu bila anakanda berjaya. Happy dan sebak. Tahniah buat anakanda Tengku Hassanal juga buat Raja Permaisuri Agong dan Yang di-Pertuan Agong sekeluarga,” kata Ihasny.
“Sembah tahniah kepada Tuanku berdua. Kepada Tengku Hassanal selamat kembali ke tanah Pahang untuk berbakti kepada rakyat jelata. We proud of you, Your Highness,” kata Ahmad.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencvri tumpuan warganet apabila video baginda menzahirkan perasaan sukacita baginda selepas pentauliahan anakandanya, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah selepas Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Akademi Tentera Diraja Sandhurst di United Kingdom..
Antara komen-komen netizen :
“I wish he would ciium his clearly proud mother…but I guess he was too shy to be seen doing it in public. But really, it’s okay to kiiss your mum in public.”

“Haha..maknya picit idong 💕”

“kiiss.. Kiiss..”…. “taknak.. Taknak” 🤣

“Tuanku RPA is such a loving person.. so full of love.. semuga Allah melindungi dan memelihara beliau sentiasa.”

“Cair hati tengok pertalian ibu dan anak ❤️”

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kini berada di United Kingdom (UK) untuk lawatan khas sehingga 16 Disember ini.
Terdahulu mStar melaporkan keterujaan Tunku Azizah mengenai perkhabaran kepulangan Tengku Hassanal ke tanah air.
“Insya-Allah pada 13 Disember, tamatlah kursus kenteraan Hassanal di Royal Military Academy Sandhurst (England),” titah baginda di Twitter.
Ujar baginda lagi, sekembalinya ke tanah air, Tengku Hassanal akan berkhidmat di Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Batalion 12 yang terletak di Kuantan, Pahang.
Sumber : Instagram House of Pahang via Media Viral Press via Mstar
Leave a Reply