Gagal buka pintu bilik kerana terlalu cangg1h, anak beri cadangan guna p1sau

PELAKON sinetron Nia Ramadhani terus menjadi perhatian netizen apabila gagal membuka pintu bilik tidurnya berikutan terlalu canggih.

Menerusi posting di Insta story milik pembantu peribadinya, Theresa Wienathan, merakam aksi Nia yang sedang berusaha membuka pintu bilik sehingga beberapa minit.

“Tak boleh buka pintu bilik tidur sendiri. Itulah teknologi yang digunakan terlalu canggih,” kata Theresa yang turut geli hati melihat gelagat pelakon itu.

Lebih melucukan apabila anaknya yang turut berada di situ turut menghulurkan sebilah pisau kepada Nia untuk digunakan.

 

“Apa sayang? Guna p1sau? Jangan macam-macam ya,” kata Nia.

Selepas beberapa percubannya itu gagal, Nia akhirnya berputus asa dan bertindak mencampakkan kunci pintu itu ke atas lantai.

“Apa nak buat ni? Dah cuba banyak kali tetap tak boleh buka. Nak pakai apa? Gergaji?” katanya lagi.

 

 

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*