Pelawak dan penyanyi Achey tidak menyangka apabila buat pertama kalinya, kampung orang tuanya di Labis, Segamat Johor dilanda banj1r.
Rancangan Achey pada mulanya untuk menyambut hari lahir serta berkumpul bersama keluarga beramai-ramai bertukar apabila kampungnya mula dinaiki air dan banj1r.
Namun Achey gembira melihat anak buahnya teruja merasai pengalaman banj1r di kampung.
“Kononnya nak berkumpul semua adik beradik, sambut birthday dan ‘bergathering’ bersama… semua balik cun-cun… last-last birthday kemana, gathering kemana… semua kelam kabut melayan banj1r.
“Sebenarnya sebab first time cucu- cucu Hamzah ni dapat tengok banj1r kat kampung Atuk dia… ..
“Apa-apa pun menghiburkan keluarga lebih puas terasa …kerana mereka kenal apa niat dan tujuan kita hiburkan mereka…” tulisnya.

Achey yang juga ahli kumpulan Bocey berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, dia memuat naik fotonya bersama isteri serta anak bauhnya menaiki kereta pacuan empat roda merentasi banj1r.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata terhibur dengan reaksi mereka yang pasrah menghadapi banj1r.

Achey yang mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah sejak lapan tahun lalu mengambil Tiara Zinnirah sebagai anak angkat pada Mei tahun lalu.
Sumber: Astro gempak
Leave a Reply