Pelakon Khir Rahman meminta orang ramai agar tidak terus membuat spekulasi dan menghukum kedua-dua juara Gegar Vaganza 2019 atas keputusan malam tadi.
Jelas Khir, baik Naqiu mahupun Hady Mirza kedua-duanya tidak seharusnya menjadi tempat untuk peminat meluahkan ketidakpuasan hati.

“GV adalah program yang bersifat ‘sekadar hiburan’, janganlah ambil serius sangat. Sebarang keputusan adalah untuk dijadikan ‘talking point’ demi bisnes, jadi relaks saja.
“Yang penting jangan sesekali marah Hady Mirza, bukan dia yang membuat keputusan untuk melepaskan dua juara.
“Kejujuran dan kuasa keputusan adalah tanggungjawab juri. Hanya mereka yang boleh mengiyakan mahupun menidakkan pemarkahan yang didakwa sama itu.
“Saya faham… Pahat yang berbunyi ini sebenarnya bukanlah kerana menafikan rezeki Hady, sebaliknya kerana terasa akan ‘lemahnya’ juri dalam menilai pelbagai bakat, versatil, zat bintang yang ada pada Naqiu.
“Sehingga seolah-olah rezeki Naqiu sebagai juara mutlak pula dinafikan apabila akur pada pemarkahan,” ulas Khir.
GV adlh program yg bersifat 'sekadar hiburan' ..jangan la ambik serius sangat 😄 ..sebarang keputusan adalah utk dijadikan 'talking point' ..demi business ..so relaks je 🤪
— KEI RAMOSS (@KhirRahman) December 23, 2019
GV2019 melakar rekod apabila buat pertama kalinya menobatkan Naqiu dan Hady Mirza sebagai juara bersama.

Untuk rekod, Naqiu Boboy dan Hady Mirza berkongsi kedudukan pertama sebagai juara GV2019 menewaskan empat peserta lain.
Kedua-dua mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, pakej percutian ke Eropah Timur dan Timur Tengah, pakej ubai suai ruang tamu dan ruang makan, pakej penginapan berserta trofi.
Jatt Ali menduduki tempat ketiga, Nurfatima meraih tangga keempat manakala One Nation Emcees dan Sham Visa berpuas hati dengan tempat kelima dan keenam.
Tugasan battle mereka memukau juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan Datuk Rizalman Ibrahim.
GV sebelum ini pernah menobatkan Ayai Ilusi, Siti Nordiana, Azharina, Aishah dan Noryn Aziz sebagai juara musim-musim terdahulu.
GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.
Sumber: astro gempak
Leave a Reply