“Sebijik…”- Video Neelofa & adik Naura tular lagi, siap betulkan tudung!

Rasanya ramai masih ingat mini kembar pengacara terkenal Neelofa yang dikenali sebagai adik Naura atau nama sebenarnya Che Naura Auni Che Fadhlullah.

Penangan mini kembar Neelofa ini sejak kebelakangan ini menjadi fenomena apabila dengan kuasa viral mereka akhirnya bertemu. Menerusi rancangan hiburan popular, Meletop adik Naura menjadi tetamu undangan pada 17 Disember lalu.

Kedatangan adik Naura membuatkan ramai terkejut dengan persamaan wajah kanak-kanak berusia 5 tahun ini dengan selebriti terkenal itu. Ini kerana adik Naura tidak dinafikan memiliki wajah yang sama dengan Neelofa.

Foto dari Instagram Echolaliapictures

 

Bagaimanapun, terbaru pula tular sekali lagi pertemuan Neelofa dan adik Naura menerusi laman Instagram. Gelagat mereka berdua menarik perhatian pengguna media sosial serta peminat Neelofa mahupun adik Naura.

 

Beberapa video serta foto dikongsikan pengguna media sosial yang dapat disaksikan pertemuan comel antara adik Naura berbaju kuning dan Neelofa pula kelihatan cantik menerusi gayanya.

 

Beberapa rakaman video meraih ribuan tontonan apabila dapat melihat lagi gelagat comel adik Naura bersama pengacara Meletop ini.

Video Neelofa & Naura tular

 

Dalam pada itu, ibu Neelofa iaitu Datin Noor Kartini dilihat mesra dengan adik Naura dan video mereka juga meraih perhatian peminat dan pengikut.

 

 

Ternyata perkongsian berkenaan menerima pelbagai maklum balas daripada netizen yang rata-ratanya mengakui mereka seperti kembar dan tidak dapat dibezakan.

Sebijik cam Lofa

 

Comelnya kalau Lofa ada anak nanti…

 


Sumber: lofa.page, Che Naura Auni

Kredit: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*