“Sudah-Sudahlah Nak Mengvtuk Orang,”- Hadir Uji Bakat Hero Remaja Kali Kedua, Adik Syafiq Kyle Tak Putus Asa

Tidak patah semangat mengejar impian dalam industri hiburan, adik kepada pelakon popular Syafiq Kyle, Syazwan Razak telah menghadiri ujibakat Hero Remaja kali kedua, semalam.

Kongsi remaja berusia 20 tahun itu, dia mahu mencuba nasib kali kedua dalam pertandingan sama selepas tewas di peringkat kedua (stage 2) minggu lalu.

 

“Kalau betul ini rezeki saya, saya nak cuba, harapan saya pastinya nak lepas masuk pertandingan ini.

“Kalau tak dapat pun, saya reda dan saya rasa rezeki saya bukan di sini, tetapi di luar,” katanya menerusi video Instagram Remaja. 

Pernah menjadi ejekan dek fizikalnya yang gempal di media sosial baru-baru ini, Syazwan tidak menjadikan ia sebagai satu kelemahan, sebaliknya sebagai pemb4kar semanngat buatnya.

 

“Pada mulanya kita ini hanya kosong dan orang tak kenal, kemudian perkara itu (b0dy shaming) viral di media sosial dan ada juga segelintir yang ikut ‘memb4han’ sama.

“Tapi saya jadikan itu sebagai pemb4kar semangat dan dalam masa sama saya tergelak juga.

“Saya tahu orang sedemikian jenis yang tak ada kerja. Sudah-sudahlah nak mengutuk orang, kalau anda rasa diri anda sempurna, barulah boleh kvtuk. Tak semua manusia sempurna,” akhirinya. 

Terdahulu, Syazwan pernah menghadiri ujibakat tersebut pada minggu lalu, namun rezeki tidak menyebelahinya.

 

 

Untuk makluman, sesi ujibakat telah bermula sejak 21 dan 22 Disember lepas dan telah melayakkan lebih 20 orang peserta. Pencarian ini masih diteruskan hingga semalam.

Apa-apapun kita wish all the best jelah kepada Syazwan. Kalau ada rezeki, mana tahu dia berjaya macam abangnya jugakkan? 

Sumber: MH

Kredit: Khalifahkini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*