Dedah Isteri Ham1l Lagi, Fizz Fairuz Bakal Timang Anak 2020

Pelakon Datuk Fizz Fairuz mendedahkan bahawa dia bakal menimang cahaya mata keempat pada tahun 2020 nanti.

 

Fizz atau nama sebenarnya, Mohd. Fairuz Zainal Abidin, 40, berkongsi berita gembira itu apabila memaklumkan bahawa isterinya kini disahkan hamil.

 

“Hadiah tahun baru. hehehe penutup 2019. Amin, rezeki Allah. Kasih sayang untuk anak-anak tetap sama. Tak ada setitik pun kurang. Amin #babynewyear2020,” tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.



 


Pada entri tersebut, aktor filem Munafik itu turut berkongsi imej ujian imbasan kandungan isterinya yang juga pelakon Datin Almy Nadia.

Rata-rata mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut dan berharap agar mereka dikurniakan anak lelaki pula.

 

“Hero pulak kali ni, Insya-Allah.

 

“Tahniah! Semoga dapat baby boy,” tulis sebahagian netizen.

 

Fizz dan Almy  mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014.

 

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Nur Afrina Arianna, 4, Nur Afrina Aurora, 3, dan Nur Afrina Ayra yang baru berusia setahun.

Rata-rata mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut dan berharap agar mereka dikurniakan anak lelaki pula.

Pasangan itu juga mempunyai seorang anak angkat Nur Afrina Darwisya, 10.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*