Ibubapa sememangnya mahu yang terbaik untuk anak-anak kita. Ketika mereka membesar terutama sekali anak-anak dibawah 6 tahun, mereka mungkin tidak lagi memahami kenapa kita sebagai ibu bapa ini bertindak sedemikian. Tambahan pula, kita sebagai ibu bapa lebih ketahui tentang apa yang terbaik untuk anak-anak kita. Kadang kala ia memerluukan kesabaran dalam mendidik anak-anak kita.
Seperti juga ibu bapa lain, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin juga mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Sudah punyai dua anak, pastinya pas4ngan itu mahu keselamatan anak-anak mereka terjaga dimana-mana termasuklah didalam kereta.

Baru-baru ini, Shaheizy Sam berkongsi momen anak-anaknya duduk di dalam kerusi keselamatan di dalam kereta. Memandangkan sudah menjadi undang-undang baru pada 2020 untuk kanak-kanak duduk di dalam kerusi keselamatan, Shaheizy Sam dan Syatilla mengambil langkah segera menunaikan undang-undang tersebut.
Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat anak-anak Shaheizy Sam dan ada juga yang bersetuju dengan tindakan mereka untuk mendidik anak supaya berada dalam keadaan yang selamat ketika berada di dalam kereta.

Keselamatan sememangnya harus dititikberatkan oleh ibubapa zaman sekarang. Kerana pelbagai kemungkinan yang tidak dikehendaki boleh berlaku bila-bila masa.
Sumber : ig shaheizy_sam via i.viral
Leave a Reply