“Harap-Harapnya 2020” – Pulang Umrah, Emelda Rosemila Cantik Berhijab

Pelakon Emelda Rosemila mencuri tumpuan ramai apabila tampil berhijab selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah hujung tahun lalu.

Menerusi kemaskini akaun Instagramnya, isteri kepada pelakon Adlin Aman Ramlie itu memuat naik fotonya berselfie dengan mengenakan hijab.

“Harap-harapnya 2020? Selamat melalui hari penuh indah,” tulisnya ringkas.

 

Elak ‘feeling’ bertudung kemudian buka – Emelda Rosmila

Mendapat perhatian pengikut termasuk teman artis yang memuji langkahnya berhijab, Emelda, bagaimanapun menjelaskan dia baru pulang daripada mengerjakan umrah bersama keluarga.

Namun, isteri Adlin Aman Ramlie itu mengaku sudah membiasakan diri berhijab dan mahu terus istiqamah.

“Saya perlu menjelaskan ada beberapa komitmen kerja yang dipersetujui lebih awal sehingga April depan. Jadi, sukar untuk saya bertudung penuh.

“Cuma saya berharap hati ini terus teguh untuk berhijab apabila sudah tidak terikat dengan sebarang kerja dan komitmen lakonan.

“Suami juga menyokong keputusan ini. Saya mula membeli tudung untuk menambah koleksi sedia ada.

“Namun, saya tidak mahulah ‘feeling’ bertudung, selepas itu buka. Pulang dari umrah hasrat berhijab cukup menebal. Saya hendak cuba membiasakan diri perlahan-lahan,” katanya kepada BH Online.

 

Awal bulan lalu, Emelda buat kali kedua menunaikan umrah bersama Adlin, anak mereka, Edra Rafael dan ibu.

Bercerita pengalaman berada di Tanah Suci, adik kepada Emylia Rosnaida ini mengaku ibadat dilakukan cukup bermakna dengan kehadiran Edra.

“Kali terakhir saya menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah dan Madinah pada 2011. Alhamdulillah, diperkenankan sekali lagi.

“Untuk kali kedua ini, lebih bermakna kerana Edra ada bersama. Lebih istimewa, saya bawa Mama sebagai hadiah hari jadinya,” katanya yang popular dengan drama Kekasih Paksa Rela itu.

Meninjau ruangan komen foto terbabit, rata-rata peminat setianya mendoakan agar Emelda terus istiqamah.

 

Pasangan ini sudah mendirikan rumah tangga lebih 10 tahun dan mempunyai seorang anak angkat lelaki Edra Rafael yang kini berusia lapan tahun.

 

Sumber: Gempak via BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*