(Gambar) Tak Mahu Anak Berputus Asa, Ayah Ini Sanggup Tolak Motosikal Lari Dengan Anak Merentas Desa

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Biarpun jarang meluahkan lafaz sayang berbanding ibu, ayah mempunyai cara tersendiri untuk menzahirkan kasih sayangnya buat si anak.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook berkongsi gambar seorang pelajar sedang berlari merentas desa. Apa yang menariknya adalah kelibat si ayah yang setia mengekori larian anaknya sehinggalah ke garisan penamat.

Detik-detik ini dikongsikan saudara Fazly Hafiz Yahaya di laman Facebook miliknya.

Definisi Kasihnya Ayah

Di hari-hari terakhir persiapan Kejohanan Merentas Desa SK Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Trek merentas desa ini bukanlah utk murid tahap 1 namun demi mencabar diri, murid tahun 3 ini cuba sedaya upaya menghabiskan lariannya. Dia kelihatan yakin dengan keupayaannya. Melangkah setapak demi setapak.

Dia seorang ayah yang tanpa jemu memberi kata-kata semangat buat si anak. Tiba masa, demi memastikan anak tidak berputus asa, dihentikannya motor dan mula menuntun motornya seiring dengan larian anak. Larian bersama yang dipenuhi dengan rasa gembira demi menyelesaikan misi bersama iaitu melepasi garisan penamat.

Ini larian yang nyata tidak ambil peduli perihal menang atau kalah. Hanya larian pengikat kasih antara seorang ayah dan anak.

 

Kredit: Fazly Hafiz Yahaya

 

 

Kredit: Fazly Hafiz Yahaya

 

Kredit: Fazly Hafiz Yahaya

 

 

Kredit: Fazly Hafiz Yahaya

 

Sumber: Fazly Hafiz Yahaya

Kredit: siakapkeli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*